10 KOMIK PILIHAN: Bakat Komik Seram Malaysia!

komikserammsia.jpg

SEMBANG KOMIK: PENCARIAN BAKAT KOMIK SERAM MALAYSIA 2016!

Tarikh 22 September 2016 merupakan tarikh permulaan untuk proses membaca dan mengundi untuk komik pilihan korang dalam pertandingan komik online”BAKAT KOMIK SERAM MALAYSIA 2016″ anjuran website komik online, Matkomik! Proses pengundian berlangsung sehinggalah 30 September ini. Jadi, jalankan tanggungjawab korang sebagai pembaca untuk pilih komik thorbaek!

Seperti tajuk pertandingan, temanya adalah “SERAM”. Dinyatakan di dalam syarat penyertaan, peserta perlu menghasilkan komik bergenre atau berkaitan dengan SERAM/HORROR. Lebih menarik jika ada gabungan SERAM + THRILLER / SERAM + DRAMA / SERAM + KOMEDI / SERAM + DAKWAH / SERAM + CINTA.

Korang boleh baca kesemua 43 penyertaan BAKAT KOMIK SERAM di sini!

Masih belum kenal siapa Matkomik? Baca entri tentang Matkomik di sini.

Aku sangat-sangat-sangat mahu turut serta pertandingan kali ini. Tapi sebab akur dengan deadline yang bertimpa, aku pasrah sahaja. Seram antara genre kesukaan aku, jadi bila tak dapat join, sentap hati. Tapi takpe, aku gigih untuk beri sokongan kepada mereka yang berjaya menjadi peserta! Jadi, di sini aku berikan 10 KOMIK PILIHAN untuk PENCARIAN BAKAT KOMIK SERAM MALAYSIA 2016.

Makanya, ini pilihan peribadi aku berdasarkan penilaian aku sebagai PEMBACA komik mengikut citarasa citawarna aku secara personal. . Penilaian aku berdasarkan:

  1. Penyampaian cerita
  2. Kekemasan lukisan
  3. Sampai ke idok SERAM-nya tu~

AMARAN: Mungkin ulasan aku ada spoiler. Jadi, SPOILER ALERT!

************************************

10. #SERAMKOM oleh Khawa | Baca komik di sini.

Kita mulakan dengan komik yang santai dan seronok ini. Err.. mana seramnya? Adalah juga bab diganggu hantu sebagia prank tu. Tahap lukisan pelukis masih boleh dipertingkatkan, tapi komik ini sangat lawak pada cara lukisan dan pergerakan karekter tu! Paling suka pada panel kawan dia cubit mulut suruh diam. Ha ha ha~

9. “Sudah Terlewat” oleh Rin Kin | Baca komik di sini.

Ini pun pelukis baharu lagi dan tahap lukisan masih boleh dipertingkatkan. Konsep zombie dan gaya penceritaan tu cukup unik dan menarik. Di tambah lagi dengan plot twist di pertengahan cerita.

8. “Kakak Taska” oleh Amna Shark | Baca komik di sini.

Plot twist di hujungnya tu! Hahaha. Sebenarnya seram tu takdelah sangat sebab stail lukisan pelukis yang comel. Tapi kisah tu sangat dekat dengan pembaca. Rupa-rupanya ada kisah lain bila diganggu hantu. Mereka juga perlu hak sama rata!

7. “Pokok Puaka” oleh Tunku Yusrini | Baca komik di sini.

Kisah pokok bunga yang boleh membuatkan orang cantik ni menarik. Walaupun pelukis masih amatur, skil melukis hantu tu menjadi dik. Aku sampai tengok dan belajar cara lukisan manual dia buat efek hantu. Selain ada beberapa babak yang lawak. Teruskan melukis!

6. “Suatu Malam” oleh Nurul Anim | Baca komik di sini.

Yaa ampun.. plot twist dia. Kisah yang menarik dan plot twist yang lawak. Lukisan dia cukup baik dengan kesungguhan, tapi kalau dapat clean betul-betul mesti lagi best. Aku boleh bayangkan aku juga boleh mengalami perkara sama – sebagai penumpang mahupun si hantu tu!

5. “Video” oleh Rika | Baca komik di sini.

Ceritanya agak predictable, tapi cara pelukis/penulis develop jalan cerita sangat baik. Plot twist pun menarik, begitu juga cara cerita ditutup dengan kemas. Tahap lukisan pun bagus dan kemas. Seperti boleh buat prekuel dan sekuel tentang misteri video tu. Mantap beb.

4. “Pengganti” oleh Yangchik | Baca komik di sini.

Yang ini pun ceritanya biasasahaja, tapi dikembangkan dengan cukup baik. Situasi yang biasa kita dengar dalam cerita-cerita seram ni. Tahap lukisan pelukis pun kemas dan bagus. Penyampaian mood seram menjadi dan padan muka bos yang kerek itu!

3. “Gangguan” oleh Leeyat | Baca komik di sini.

Perkembangan cerita yang baik dan plot twist dipenghujung yang cukup lawak! Haha. Ada panel yang lekat kat otak aku macam “Oh, yang itu hantu betul!” Lukisan pun bagus tapi penggunaan efek perlu dikawal sedikit. Lagi satu, buat kaver lawa sikit la.. boleh?

2. “Iblis” oleh Al-Hafiz | Baca komik di sini.

Al-Hafiz sebelum ini merupakan juara untuk CKOM 2015. Lukisan dia memang mantops! Tahap detail yang hebat dan gaya aksi yang cukup best. Tapi kali ni dialognya macam terlalu padat dan banyak. Cerita yang linear, tanpa plot twist. Yang nak ditekankan mungkin pengajaran.

1.” Jiran” oleh Gekido MMD | Baca komik di sini.

Apa yang hebat tentang pelukis/penulis ini, dia boleh buat kisah yang complete dalam jumlah mukasurat yang sangat terhad! Sebenarnya, si pelukis ini pun bukan tahap biasa-biasa. Penyampaian rasa takut watak tu kurang, tapi feel seram tu menjadi. Ini lebih kepada cerita misteri. Usaha yang hebat!

Penghargaan:

1. “Percutian Terakhir” oleh Typhoon. Baca komik di sini.

2. “Written by” oleh Onie. Baca komik di sini.

3. “404” oleh Hnaza. Baca komik di sini.

********************************

Sembang:

Untuk pertandingan ketiga anjuran Matkomik ni, penglibatan pesertanya tidaklah sehebat CKOM2015. Perkembangan positif bila ramai pelukis-pelukis yang masih baru dan muda berani menghantar komik untuk dipertandingkan. Tahniah korang! Hanya beberapa karya daripada pelukis yang dikenali. Disebabkan itu, penilaian kali ini aku lebih kepada jalan cerita berbanding teknik lukisan. Ada beberapa cerita yang bagus dan aku rasa macam nak lukis je komiknya. Haha – idea kurang bernas.

Matkomik perlu lakukan sesuatu untuk page loading yang menyiput tu. Haha. Aku begitu komited dan tekun untuk membaca kesemua penyertaan sehingga dua jam duduk depan lappy. Gigih kan… Yang terpilih nanti, pastinya yang terbaik antara semua. Aku ucapkan selamat berjaya dan jangan putus asa tau!

Aku harap Matkomik masih akan buat CKOM2106 hujung tahun ini. Aku juga harap dapat join sebab aku dah terlepas yang ini. Kalau tak, aku merusuh pakai baju biru dan pergi conquer seluruh PokeGym di Kuala Lumpur ni.

Keyword: Cabaran Komik Online, Pencarian Bakat Komik Seram Malaysia 2016, pertandingan komik, Mat Komik, komik malaysia, komik seram

Advertisements

One thought on “10 KOMIK PILIHAN: Bakat Komik Seram Malaysia!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s