Lukisan CINCAI! Sekadar mahukan populariti?

CINCAI.jpg

SEMBANG KOMIK: KENAPA LUKIS CINCAI? NAK POPULAR JE KE?

Aku sebenarnya sedang menaip entri berkaitan 10 KOMIK PILIHAN: PENCARIAN BAKAT KOMIK SERAM MALAYSIA 2016. Jenuh juga nak baca kesemuanya, tapi alhamdulillah dah selesai. Lalu, masa aku duduk break sekejap sambil melayan Facebook, muncul pula beberapa cerita tentang komen pembaca pada komik-komik yang bertanding. Jadi, aku pun buatlah entri ini dulu.

Beginilah, sebagai pembaca, mereka akan menilai mengikut kehendak (DEMAND) mereka kerana pembaca ibarat pelanggan dan pembeli – meskipun bahan itu diperolehi secara percuma. Mereka mahu rasa puas dan berbaloi dengan sumber yang di belanjakan untuk membaca karya kita. Sumber itu pula, boleh wujud dari segi wang ringgit mahupun masa yang diluangkan.

Tetapi, jika dilihat dari perspektif pelukis (atau pengkarya); kreativiti, stail lukisan dan olahan adalah perkara SUBJEKTIF. Hatta lukisan yang dipanggil ‘lukisan cincai’ pun boleh mencapat harga jutaan ringgit jika penceritaan diberikan dengan menarik. Ini bukan sahaja untuk karya komik, malah ‘cerita’ perlu ada untuk lukisan seni halus dan sebagainya.

Penilaian seseorang mengikut PULANGAN yang dikehendaki berdasarkan sebelah mana mereka berada. Jika mereka sebagai ‘penerima’, selalunya mereka mahukan sesuatu mengikut kemahuan mereka. Mereka sudah ada ‘set kehendak’ untuk bahan yang dihidangkan di hadapan mereka. Manakala, jika mereka di pihak ‘pencipta’ pula, ada yang mahukan pulangan dari segi pendapatan dan pembangunan jenama. Ada juga hanya mahukan pendedahan dan pengalaman.

Penilaian BERAT SEBELAH?

Tiada istilah berat sebelah di dalam penilaian kerana penilaian seseorang hadir bersama tanggapan+intuisi+pengalaman. Dua elemen berkait di dalam penilaian adalah

(1) Cara penyampaian yang mengikut kepada tujuan sebenar. Untuk MOTIVASI atau PROVIKASI?

(2) Bagaimana cara kita menerima penilaian orang lain. Sebagai PENAMBAHBAIKAN atau ANCAMAN?

Sebagai pengkarya, sebenarnya kelebihan ada pada kita sekiranya memahami pulangan yang diperlukan di antara garisan ini. Tak kiralah kita mahukan keuntungan, populariti, pendedahan ataupun pengalaman, penilaian pembaca menjadi gambaran sebenar hasil karya kita diterima ataupun tidak. Pilih penilaian yang membina, dan saring isinya supaya dapat kritikan membina yang diberikan. Penilaian penuh negatif dan cakap kosong? Abaikan sahaja dan campakkan dalam gaung. Bak kata peribahasa Melayu, buang yang keruh, ambil yang jernih. Gituhh.

Tetapi, perlu ingat juga, penilaian sekelompok tertentu tidak menggambarkan keseluruhan dimensi pembaca. Tetap akan ada satu kelompok yang akan menjadi peminat karya kita seadanya. Jika masih belum jumpa, kita cari. Jika masih belum ada, kita cipta. Jika sudah dikenalpasti, tawan mereka dan cuba naik taraf peminat kepada pengikut (TRIBE). Jika masih baru, terimalah hakikat karya kita masih mentah dan perlu diperbaiki. Jangan berlagak sombong dan angkuh untuk menerima penilaian yang tidak bagus. Cuba pantangkan diri dari sentiasa memuji karya sendiri. Sebaliknya, sentiasa kaji dan kritik karya supaya dapat diperbaiki.

Semuanya berbalik kepada diri sendiri. Yang menilai untuk menjadi pemangkin semangat dan kemajuan, teruskanlah. Menerima penilaian orang sebagai kritikan membina dan peluang untuk berjaya, teruskanlah juga. Keputusan di tangan kita.

BERUSAHALAH!

PAGE33
Dari karya kompilasi: “MAKAN GAJI MAKAN HATI”

Keyword: lukisan, ppulariti, komik, bakat komik seram malaysia 2016, penilaian, judgement, mentaliti, pembaca, pengkarya

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s