SEMBANG WAYANG: Volkswagen Kuning

volkswagon.jpg

Kisah misteri kehadiran kereta Volkswagen kuning yang mengganggu pengguna jalanraya sehingga mengakibatkan kemalangan semakin menjadi buah mulut setiap orang. Insiden yang sama berlaku kepada Fuad dan tunangannya, Sarah ketika pulang ke kampung. Namun kisah mereka tidak berakhir hanya selepas kejadian itu. Mereka mula diburu misteri disebalik kewujudan kereta kuning itu dan penemuan yang amat mengejutkan.

Tajuk: Volkswagen Kuning

Klasifikasi: PG13

Edaran: Metrowealth

Genre: Seram

Pengarah: Shadan Hashim

Bahasa: Malaysia

Tayangan Malaysia: 22 September 2016

Tempoh: 1 jam 24 minit

Pelakon: Pekin Ibrahim, Atikah Suhaimie, Aida Othman, Azman Hassan

Panggung Wayang: GSC Mid Valley, Kuala Lumpur

Sembang:

Kalau korang baca review mereka yang pergi tayangan perdana dan sinopsis ringkas aku di atas tu pasti terkelumit sedikit rasa mahu menonton filem ke-115 Metrowealth (MIG) ini. Hasil buah tangan pengarah muda yang mengambil inspirasi urban legend (baca: tahyul) tentang kereta Volkswagen kuning yang menganggu pemandu di lebuhraya. Idea dah best, TETAPI….. Ini adalah review peminat filem.

Kira beruntunglah aku terpaksa menyokong kehadiran filem yang dikategorikan seram ini. Kalau mengikut pengalaman dengan filem-filem seram MIG yang lain, memang nan hadoo nak pergi menonton seh. Kisahnya, hari ini ada urusan dengan Mak dan aku ajak dia menonton wayang. Cerita apa je yang ada minggu ni untuk tontonan Mak yang berjiwa sangat Melayu itu.. YA! Satu-satunya filem seram Malaysia ditayangkan minggu ini – cerita kereta hantu! Ketika menonton filem ini aku siap boleh berbalas pantun dengan kak editor dalam Wassap dan menghitung, menunggu bila filem ni nak habis.

Aku masuk tu memang persepsi dah skeptikal, malah aku kena bagi pula terlalu banyak ‘peluang’ untuk filem ini membuktikan tanggapan aku salah. Tapi, memang begitulah kekecewaannya. Filem yang langsung tak seram dan jalan cerita dia… Haih.

Pelakon baru, Atikah Suhaimie muncul dengan wajah seiras Fazura, tetapi bukan seiras lakonannya. Sebagai watak utama, Atikah sebagai Sarah ternyata kaku. Berlakon banyak cerita lagi, dik ya. Pastikan awak jadi hebat nanti! Pekin pula, kali ni wataknya tak tentu hala. Entah la, menonton lakonan Pekin, aku dapat rasa dia tak happy. And the Pakcik Ayob… WHY? Ada yang kata watak dia lawak, tapi aku gagal mencari mana punchline-nya. Aku beberapa kali ketawa sebab melihat cara penyampaian dialog dan lakonan mereka yang kaku dan pelik. Rasanya, lakonan pelakon senior Mak Jah dan Shahronizam sebagai supporting lebih menjanjikan.

Pacing cerita agak mendatar. Jalan cerita pun tidak dikembangkan dengan baik. Benda yang tak pernah ditekankan mahupun diceritakan pada perkembangan cerita tiba-tiba menjadi kesimpulan – macam “manusia yang sesat dan terpedaya dengan iblis” dan “menambah bilangan ummat Nabi”. Ada juga perkaitan yang dicipta secara tiba-tiba dan tidak logik kerana tiada kesinambungan.

Keseluruhannya, entahlah. Cara selamat nak kata, lain orang lain selera. Hakikatnya, filem ini gagal menarik minat aku. Tapi bagi Mak, dia kata okay je..

“Macam cerita drama dekat ASTRO tu.” kata Mak.

Sebab itu aku sangat memilih bila mahu menonton filem kita. Aku sentiasa bagi peluang untuk cerita itu berkembang dan mungkin ada plot twist menarik untuk buat aku teruja. Tapi, takkanlah filem begini yang keluar panggung, Mak boleh samakan dengan drama kat ASTRO tu. Haih.. Anyway, ini filem arahan pengarah muda, jadi mungkin akan jadi lebih baik nanti.

POPKON:

popkonX2

Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!

Keyword: #VolkswagenKuning, Volkswagen Kuning, Volkswagen Kuning review, Volkswagen Kuning movie, sembang wayang, movie review, Volkswagen Kuning 2016, Volkswagen Kuning filem, filem 2016, review bahasa melayu, bahasa malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s