SEMBANG WAYANG: Deepwater Horizon

deepwater

Mike dan beberapa krew dihantar ke sebuah pelantar minyak di Mexico untuk menjalankan pemeriksaan. Sewaktu tiba, beberapa perkara mencurigakan berlaku dan menimbulkan situasi tegang antara pengendali pelantar dan pemiliknya. Insiden tidak dijangka terjadi sehingga mengakibatkan pelantar minyak itu bocor dan meletup. Kesemua krew perlu berusaha untuk menyelamatkan diri daripada menjadi korban.

Tajuk: Deepwater Horizon

Klasifikasi: PG13

Edaran: GSC Movies (Malaysia), Lionsgate

Genre: Aksi, Biografi

Pengarah: Peter Berg

Bahasa: English

Tayangan Malaysia: 29 September 2016

Tempoh: 1 jam 48 minit

Pelakon: Mark Wahlberg, Kurt Russell, Dylan O’Brien, John Malkovich, Kate Hudson

Panggung Wayang: GSC Mid Valley, Kuala Lumpur

Sembang:

Filem biografi yang berdasarkan dari sebuah kejadian letupan pelantar minyak terburuk di US pada tahun 2010 ini mendapat respon positif sewaktu ditayangkan di  Toronto International Film Festival pada 13 September lalu. Sebelum ini, sebenarnya sudah ada satu filem yang menyentuh tragedi yang sama iaitu “The Runner“. Berbeza dengan “The Runner”, filem ini memberikan gambaran bagaimana keadaan yang terjadi sewaktu letupan berlaku di atas pelantar.

Mark Wahlberg dah berlakon macam-macam filem, buruk dan baik. Untuk filem ini, Mark sebagai Mike membawakan watak yang bersahaja. Tetapi, permainan emosi dan lakonan sebagai Mike ini sangat bagus dan secara serta merta aku terus routing untuk watak tu. Selain Mark, Kurt Russell sebagai Jimmy dan John Malkovich sebagai ‘the annoying’ Vidrine sangat best! Paling seronok, setiap watak ni dilakonkan sangat natural dan korang akan rasa macam bekerja bersama pula. Gituhh.

Jalan cerita dikembangkan dengan sangat kemas. Walaupun ada yang rasa permulaan tu macam agak perlahan, tapi melalui perbualan mereka itu ada info yang diberikan untuk menjelaskan punca dan kenapa perkara buruk yang bakal berlaku tu. Jadi pace cerita bermula tenang dan menjadi semakin laju. Keadaan jadi sangat intense dan mendebarkan sampai aku rasa macam menunggu live update kejadian tu. Sebaik sahaja babak aksi bermula satu persatu, apa yang korang nak hanya mereka semua selamat. Surprisingly, ada babak humor yang bersahaja.

Visual yang menggemparkan! Khabarnya, set yang digunakan adalah separuh dari saiz pelantar asal. Tapi itu pun sudah cukup besar untuk berikan impak mendebarkan kepada penonton. Kesan khas nampak real dan menjadi.

Keseluruhannya, filem ini terbaik! Gabungan dari lakonan yang hebat, background story yang menarik, perkembangan cerita yang kemas dan visual yang mengujakan. Ada pelbagai rasa yang dipersembahkan dan buat kau puas dipenghujungnya. Malah, dapat juga gambaran pekerja di pelantar dan ada tribute untuk mereka yang terlibat di dalam tragedi ini.

POPKON:

popkonX5

TAHAP TONTON:

TEPUK TANGAN SAMBIL KELUAR PANGGUNG.

Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!

Keyword: #DeepwaterHorizon, Deepwater Horizon, Deepwater Horizon review, Deepwater Horizon movie, sembang wayang, movie review,Deepwater Horizon 2016, Deepwater Horizon filem, filem 2016, review bahasa melayu, bahasa malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s