SEMBANG WAYANG: Miss Peregrine’s Home for Peculiar Children

misspeder.jpg

Sejak dari kecil, Jacob sering mendengar kisah pengembaraan datuknya yang penuh misteri. Jacob kurang mempercayai kesahihan kisah tersebut sehinggalah berlaku satu tragedi yang membuka mata Jacob untuk mencari kebenarannya. Jacob akhirnya bertemu dengan sekumpulan kanak-kanak dengan kebolehan istimewa. Pertemuan Jacob membawa kepada ancaman bahaya untuk mereka. Jadi, Jacob perlu bersedia melindungi mereka daripada diburu.

Tajuk: Miss Peregrine’s Home for Peculiar Children

Klasifikasi: PG13

Edaran: 20th Century Fox

Genre: Fantasi, Pengembaraan

Pengarah: Tim Burton

Bahasa: English

Tayangan Malaysia: 29 September 2016

Tempoh: 2 jam 07 minit

Pelakon: Eva Green, Asa Butterfield, Samuel L. Jackson, Ella Purnell, Allison Janney

Panggung Wayang: GSC Mid Valley, Kuala Lumpur

Sembang:

Pertama sekali korang perlu tahu, ini adalah filem yang diadaptasi dari sebuah novel dengan tajuk yang sama hasil tulisan  Ransom Riggs. Kisahnya, masa Tim Burton dipelawa untuk menjadi direktor filem ini, beliau diberikan ringkasan novel dan gambar-gambar berkaitan. Tim Burton terus jatuh hati dengan kisahnya yang unik dan kebolehan pelik yang mereka ada. Terus beliau bersetuju untuk merealisasikan filem ini. Maka, masa aku tahu tentang filem ini dulu, aku terus berminat – lagi-lagi based on novel. Aku carilah novel dia. Malangnya, sejak beli sampailah filem ini ditayangkan, aku cuma dapat baca separuh je. Haha.

Secara jujurnya, konsep dan idea cerita ini menarik. Tentang sekumpulan kanak-kanak dengan kebolehan istimewa berkumpul di sebuah kawasan selamat kerana mereka dianggap pelik. Aik? Macam pernah dengar? Tu la.. macam  Xavier’s School for Gifted Youngsters dalam X-Men. Apabila jadi adaptasi, maka versi novel akan berbeza dari filemnya. Ini review tentang filemnya tau.

Para pelakon filem ini agak dikenali seperti watak utama, Jcob oleh Asa Butterfield. Watak utama filem ini ada masalah yang sama dengan Katniss (Hunger Games), iaitu watak yang agak pasif dan membosankan. Jadi lakonan Asa kelihatan agak berputus-asa juga (pun intended). Watak Samuel L. Jackson pula agak mengelirukan kerana tidak begitu jelas dan kuat arah tujunya.

Selain itu, watak-watak kanak-kanak pelik (peculiar) dalam filem ini ada yang sangat menarik perhatian! Contohnya, watak Bronwyn yang ada kekuatan luarbiasa. Aku suka mimik muka budak ni. Bersungguh betul! Tiga watak comel – si kembar dan Claire pun menarik. Cuma, watak-watak ini kurang diberikan perhatian berbanding yang remaja padahal kebolehan mereka lagi awesome kot.

Pacing cerita agak kelam kabut sedikit. Masalah utama adalah, bagaimana Jacob perlu berulang alik antara dua zaman tu yang buat excitement aku menonton jadi terbantut. Ada juga kisah cinta dan romantis yang cuba ditonjolkan, tetapi kurang menjadi dan nampak kekok juga. Filem ini dimulakan dengan baik dan menarik, tapi mula menjadi agak generic di penghujungnya – ada sebab diciptakan untuk memudahkan jalan cerita. Sampai tahap itu turun untuk filem kanak-kanak biasa saja.

Kesan visual memang terbaik! Setiap kebolehan diorang ditunjukkan dengan baik dan ada keunikan tertentu. Visual monster pun menarik dan memang tak boleh elak kalau korang ingat itu Slenderman. Perbezaan dua zaman ditunjukkan dengan sederhana, tetapi visual landskap dan prop agak kemas. Skalanya setnya tak begitu besar, jadi dapat dimanfaatkan sebaiknya.

Keseluruhannya, filem ini menghiburkan. Ada babak aksi yang menarik dan ada juga humor yang ringan. Visual yang hebat sangat menarik perhatian, tetapi jalan ceritanya pula agak longgar. Mungkin Tim Burton yang excited dengan konsep lalu beri perhatian lebih kepada menghasilkan visual dan ‘terlupa’ penekanan pada bahagian jalan cerita tu.

POPKON:

popkonX3.5

TAHAP TONTON:

BOLEH LAYAN LA.

Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!

Keyword: #MissPeregrinesHomeforPeculiarChildren, Miss Peregrine’s Home for Peculiar Children, Miss Peregrine’s Home for Peculiar Children review, Miss Peregrine’s Home for Peculiar Children movie, sembang wayang, movie review, Miss Peregrine’s Home for Peculiar Children 2016, Miss Peregrine’s Home for Peculiar Children filem, filem 2016, review bahasa melayu, bahasa malaysia

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s