Apabila seorang gelandangan mula berkelakuan pelik di sebuah stesen keretapi, nasibnya diabaikan oleh semua. Namun, apabila malam berlaku kejadian pelik apabila ramai gelandangan diserang oleh manusia yang berkelakuan pelik. Hye-sun, seorang gadis yang melarikan diri dari rumah akhirnya terperangkap di dalam malapataka ini dan sedang cuba dijejaki oleh ayah dan teman lelakinya.
Tajuk: Seoul Station
Klasifikasi: PG13
Edaran: Mega Films Distribution Sdn Bhd
Genre: Animasi 2D, Thriller, Drama
Pengarah: Yeon Sangho
Bahasa: Korea
Tayangan Malaysia: 29 September 2016
Tempoh: 1 jam 32 minit
Pelakon: Ryu Seung Ryong, Shim Eun Kyung, Lee Joon
Panggung Wayang: GSC Mid Valley, Kuala Lumpur
Sembang:
Ini filem animasi 2D. Ya, ANIMASI. Bukan filem manusia hidup macam filem pertama, “Train to Busan” yang mendapat perhatian luarbiasa seluruh dunia sebelum ini. Filem ini yang claimed sebagai prekuel kepada T2B membawa kisah dari sudut lain, tetapi masih dalam kancah masalah dan huru-hara yang sama.
Aku teruja nak menonton filem ini sebab T2B tu sangat seronok. Tolak tepi dulu bahagian animasi tu sebab aku fikir mungkin ini plan-nya dan skop cerita mungkin lebih besar berbanding dalam train sahaja. Sebab itu format animasi dipilih supaya hype T2B tidak habis begitu sahaja. Namun….
Lakonan suara untuk watak boleh tahan sebab gaya penyampaian dan pergerakan watak tu agak real juga. Tahap kualiti lukisan animasi tu tak berapa bagus, mungkin ketelitian itu dikurangkan untuk beri peluang kepada kelancaran pergerakan watak. Ada cubaan untuk tonjolkan feel sedih tu, tapi kurang menjadi pada mimik wajah watak.
Kekecewaan pada filem ini adalah pada jalan ceritanya yang mendatar – dan ada waktu tak masuk akal. Adakah ini filem cuba-cuba pengarah sebelum T2B sebab ceritanya tak sebaik T2B. Kelebihan format animasi tak digunakan sebaiknya untuk cipta babak yang ‘luarbiasa’ dan menarik sebab pendekatan yang terlalu ‘manusia’ tu. Langsung tiada kesinambungan dengan T2B dan langsung tidak menjelaskan apa-apa pun! Malah itu yang aku tunggu kerana ini dikatakan prekuel T2B. Hujungnya, ada plot twist menarik tapi langsung tiada kaitan yang lain.
Keseluruhannya, aku agak kecewa dengan filem ini.Bukan kerana ini filem animasi, tapi jalan ceritanya tu tak kuat dan tiada langsung perkaitan bila ini dikatakan filem prekuel. Aku anggap ini seperti episod filler untuk anime dan tak berikan kesan pada cerita asal. Oh, aku mengantuk.
POPKON:
TAHAP TONTON:
LEPAS MENONTON, KAU MENYESAL.
Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!
Keyword: #SeoulStation, Seoul Station, Seoul Station review, Seoul Station movie, sembang wayang, movie review, Seoul Station 2016, Seoul Station filem, filem 2016, review bahasa melayu, bahasa malaysia