SEMBANG KOMIK: Stylus untuk iPad

Semalam aku ada berkongsi video di facebook page Paradecomix tentang aplikasi melukis menggunakan iPad. Korang boleh tonton di atas ataupun klik di sini.

Selain tiga app dalam video di atas, korang boleh baca tentang 5 Aplikasi Melukis Komik di dalam entri sebelum ini.
Memandangkan ada yang bertanya, baik aku kongsikan. Ini dua stylus yang paling lama aku guna untuk melukis di iPad.

1) Wacom Intuos Creative Stylus 2

Untuk Wacom Stylus harganya agak mahal. Aku pernah guna yang versi sebelumnya, ada rubber nib dan aku sangat selesa. Yang itu best, tapi rubber nib ni cepat haus dan susah nak cari replacement. Kemudian dia tukar versi yang ini supaya tahan lasak dan nib-nya tahan lebih lama. Ianya mudah sebab ada bluetooth untuk integrasi dengan app – kebanyakan app boleh sync dengan stylus ni, pressure sensitivity dan USB charging. Tapi untuk guna di atas iPad sedikit licin dan kekok. Aku jarang guna, tapi lama-lama boleh biasa la.

Sekarang sudah ada model lebih terkini dengan mata pen yang lebih kecil. Masa aku beli dua tahun dulu harganya dalam RM300++ di KLCC. Aku tengok di online macam semakin mahal. Jadi, aku rasa better cari di kedai-kedai.

image
Model pertama dengan rubber nib. Masih dijual dengan harga RM200++
image
Lazada.com.my – Harga dalam RM500++

 

image
Model baharu – Wacom Bamboo Fineline 2 Fine Point. Harga dalam RM400++

2) elago® Stylus – Hexa

Stylus yang ini memang kegemaran aku sebab rubber nib-nya. Hexa ni bagi aku rubber nib-nya tahan paling lama selain ada juga free extra nib masa beli. Berbeza dengan Wacom, rubber nib ni lebih selesa walaupun tiada pressure sensitivity. Aku rasa, sebab tu aku rasa lebih natural menggunanakan rubber dari plastic nib. Lagipun structure dia lebih kesat dan boleh dikawal. Sebelum aku pakai Hexa, styus yang paling aku gemar adalah 3M™ Touchscreen Stylus. Yang ini murah sikit (dalam RM40++) dan saiz lebih kecil. Cuma sama juga masalah dia, rubber nib tak tahan lama. Tak sampai tiga bulan, kena cari yang baru. Sekarang susah dah nak jumpa stylus 3M tu dan sebab tu aku tukar jenama lain.
Aku beli di KLCC juga dengan harga RM60++ setahun yang lalu. Tapi online memang mahal betul. Ini pun jarang guna sebab sejak guna drawing tablet, memang tak usik iPad sangat.

 

11street.my – Harga dalam RM100++
3M™ Touchscreen Stylus, Black
3M™ Touchscreen Stylus

Tragedi yang selalu terjadi (T^T)

3) Stylus pen yang lain

Selain dua stylus pen di atas, aku pernah juga guna stylus Adonit Jot Pro. Yang ini pelik sikit sebab dia ada sejenis getah lutsinar yang nipis pada nib-nya. Harganya pun boleh tahan, dalam RM100++. Aku beli dulu sebab nak cuba, tetapi ternyata agak mengecewakan. Salah satu sebab aku terganggu dengan getah tu yang bagi aku tak membantu pun. Stylus ini agak popular juga dan mudah didapati di kedai-kedai.

Boleh baca lanjut stylus pen yang bersesuaian untuk digunakan pada iPad di sini.

 

Sembang:

Penting ke penggunaan stylus ni? Penting la kalau korang guna iPad ataupun sebarang peranti tablet untuk buat kerja melukis. Melainkan korang guna iPad Pro atau Windows Surface yang siap sedia didatangkan dengan stylus sendiri. Ikut keselesaan dan kemampuan sebenarnya. Ada orang suka nib keras, macam aku prefer yang lembut. Selain tu, ikut juga pada model iPad atau peranti yang digunakan. Aku sendiri memiliki iPad Mini dan iPad 2. Walaupun iPad 2 ni lebih okay, aku tetap selesa dengan iPad Mini sebab saiznya yang kecil seperti buku tu. Ini cerita dulu, aku rajin la membeli ni sebab waktu tu masih makan gaji. Rasa lega pula sebab boleh merasa benda-benda ni dulu. Sekarang memang tak la sebab nak beli pun fikir pulangannya apa.

Dulu pun aku ingat nak gunakan iPad saja sebagai peranti untuk melukis komik. Tapi bila kena buat workload yang banyak dan lebih-lebih lagi untuk tujuan cetakan, aku terus beralih kepada drawing tablet (Wacom Intuos Pen Tablet). iPad ni aku hanya gunakan ketika perlu atau kecemasan – macam orang minta impromptu untuk draft atau simple sketch. Kena ingat, tak semua app ada fungsi untuk save dalam dpi yang bersesuaian bagi tujuan cetakan. Secara default, app akan save paling tinggi 72dpi saja. Jadi, kesesuaian adalah untuk menghasilkan draft atau sketch kasar.

 

Keyword: iPad stylus pen, Wacom Intuos Creative Stylus, elago® Stylus, Hexa, Adonit Jot Pro, digital drawing, Paradecomix

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s