SEMBANG WAYANG: Doctor Strange

strange.jpg

Doctor Steven Vincent Strange merupakan seorang doktor pakar saraf yang angkuh. Namun, apabila satu tragedi menimpa dirinya, Strange yang mencuba sedaya upaya untuk memulihkan kesihatannya, mengenali seorang tabib yang boleh merawatnya melalui tenaga mistik. Dek kerana Steven yang tidak mempercayai perkara yang dianggap tahyul itu, perlahan-lahan dia ditunjukkan kehebatan sebenar tentang kuasa tersebut dan mula mempelajarinya. Apabila berjaya menguasai mindanya, Steven bakal di bawa ke satu dunia yang baru dan dia pula perlu melindungi panduduk Bumi daripada ancaman makhluk jahat.

Tajuk: Marvel’s Doctor Strange

Klasifikasi: PG13

Edaran: Buena Vista

Genre: Aksi, Fantasi

Pengarah: Scott Derrickson

Bahasa: English

Tayangan Malaysia: 27 Oktober 2016

Tempoh: 1 jam 55 minit

Pelakon: Benedict Cumberbatch , Chiwetel Ejiofor, Tilda Swinton

Panggung Wayang: GSC Mid Valley, Kuala Lumpur

Sembang:

Filem ke-14 Marvel Studios dan yang terakhir untuk tahun ini! Filem ini paling dinantikan oleh semua peminat komik kerana dijanjikan dengan kehebatan teknik kesan khas visual dan juga Encik Cumberbatch sebagai Doctor Strange. Selain itu, filem ini juga menjadi titik tolak kepada terbukanya unsuk magis dan mistik juga multiverse di dalam dunia MCU. Korang peminat Marvel? Pasti teruja dan seronok weh!

Para pelakon yang menjayakan filem ini memang bukan calang-calang. Cumberbatch yang mulanya hampir-hampir terlepas untuk memegang watak Doctor Strange tampil sangat hebat! Memang sangat perfect untuk memegang watak tu kerana wajah, suara dan lakonannya. Ada Night Nurse (Christine Palmer) yang akhirnya diwujudkan di dalam MCU. Jangan terkeliru dengan Night Nurse untuk versi Netflix sebab nama wataknya juga berbeza. Rachel McAdams sebagai Christine sangat comel dan bersahaja. Paling best bila lihat dia asyik terkejut je dalam filem ni. Tepukkan juga untuk Tilda Swinton sebagai The Ancient One. Masyuk habis character design dia dan lakonan pun memang terbaik! Watak antagonis tak terlalu ditekankan dan kebanyakan fokusnya adalah pada Doctor Strange.

Pacing cerita seimbang dan tak laju sangat. Ada aksi, tapi tidak bergerak terlalu laju. Tapi, untuk yang baru nak mengenali dunia MCU, korang kena bertenang sikit dengan beberapa istilah tertentu yang digunakan. Storyline pun seronok dan tidak meleret. Tidak Marvel-lah kalau tiada unsur humor. Tapi dalam Doctor Strange, aksi humornya bersahaja, unexpected dan tidak melampau. Pergerakan cerita yang tak terlalu mendesak tu sebenarnya nak bagi peluang untuk korang amati dan layan betapa indahnya visual di dalam filem ini.

Sebab apa? Sebab kekuatan utama filem ini adalah pada persembahan kesan visualnya! Gaya casting spell yang lain dari yang lain dan dibuat cukup unik. Lagi-lagi masa bend reality tu.. PERGH! Padu gila. Terpegun dan kagum melihat betapa gigihnya mereka unutk hasilkan karya masterpiece macam ni. Aku adalah ‘ter’pening sikit masa menonton. Haha. Nampak tak, siap bagi kesan tu.. Hebat!

Keseluruhannya, korang harus tonton filem ini. Aku pasti korang akan teruja melihat babak aksi dengan kesan visual yang mengancam tu. Aku berkali-kali tepuk tangan sepanjang menontonya. Oh, ada dua post-credit scenes. Sila tahan kencing sehingga skrin padam.

POPKON:

popkonX5

TAHAP TONTON:

TEPUK TANGAN SAMBIL KELUAR PANGGUNG.

Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!

Keyword: #DoctorStrange, Doctor Strange, Doctor Strange review, Doctor Strange movie, sembang wayang, movie review, Doctor Strange 2016, Doctor Strange filem, filem 2016, review bahasa melayu, bahasa malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s