SEMBANG WAYANG: Fantastic Beasts and Where to Find Them

aanewt

Newt Scamander, merupakan seorang pengumpul haiwan magikal, datang ke New York dengan misi tersendiri. Ketibaannya di New York disambut dengan kemunculan makhluk misteri yang mengancam nyawa manusia biasa. Disamping itu, berlaku agenda rahsia untuk mewujudkan ketegangan antara ahli sihir dan manusia. Tanpa sengaja, Newt terlibat di dalam kancah permasalahan ini!

Tajuk: Fantastic Beasts and Where to Find Them

Klasifikasi: PG13

Edaran: Warner Bros. Pictures

Genre: Aksi, Fantasi

Pengarah: David Yates

Bahasa: English

Tayangan Malaysia: 17 November 2016

Tempoh: 2 jam 13 minit

Pelakon: Eddie Redmayne, Katherine Waterston, Ezra Miller, Dan Fogler, Colin Farrell, Jon Voight, Ron Perlman

Panggung Wayang: GSC Mid Valley, Kuala Lumpur

Sembang:

Rindukan dunia seangkatan Harry Potter yang berakhir lima tahun dahulu? Siapa peminat Harry Potter, sila jangan miss untuk menonton filem Fantastic Beast ini! Filem ini merupakan naskah terbaharu yang ditulis sepenuhnya oleh penulis novel remaja terkenal, J. K. Rowling. Fantastic Beasts asalnya adalah karya selingan sebagai buku teks kepada dunia Harry Potter. Dengan latar belakang 70 tahun sebelum kisah Harry, kali ini kita akan mengukuti watak Newt, sekali lagi ke dunia magis penuh aksi!

Aku ni peminat tegar movie Harry Potter. Novelnya aku tak khatam lagi, tapi kalau movie dan berulang kali menonton semuanya. Filem ini dah takde sangat kisah sejarah dunia magik dengan andaian semua sudah tahu di dalam francais Harry Potter. Mengambil latar dari zaman inggeris dahulu yang mempunyai krisis tentang pengamalan sihir, filem ini membawa isu yang lebih berat dan besar berbanding naskah HP. Ini filem pertama sebagai pembukaan empat lagi filem lanjutan untuk francaisnya, jadi adakala kisahnya agak mengelirukan dan draggy – terutamanya bagi yang baru nak kenal dunia HP ni.

Tanpa dijangka, ramai pelakon yang dikenali muncul dalam filem ni. Eddie Redmayne sebagai Newt yang menjadi penggerak cerita mempunyai latar yag misteri dan perwatakan yang awkward. Pelik, tapi menjadi. Buat aku tertanya-tanya apa kisah sebenar dia dan perkaitannya dengan Dumbledore juga Leta Lestrange – ya, moyang kepada Bellatrix. Selain dia, watak Jacob lakonan Dan Fogler adalah punca filem ni jadi lebih menarik. Lagi watak menarik adalah Tina dan Queenie yang serba melengkapi. Oh, selain korang akan jumpa future-to-be The Flash, ada cameo dari pelakon yang sangat unexpected di penghujungnya!

Pace cerita yang sederhana. Aksinya ada, tapi kehebatan penggunaan magik tu masih suam-suam saja. Adakala ceritanya seakan meleret, tapi sentiasa diselang-seli dengan babak aksi. Kalau korang biasa dengan filem HP, korang akan faham tentang bagaimana cerita ini diolah. Ini sebab, penekanan pada beasts tu tidak begitu kuat selain ada cerita utama dan plot yang sedang di-set-up. Yang tak biasa akan rasa terpotong here and there, macam melompat-lompat. Tapi aku chill je. Banyak sebenarnya humor dalam filem ni dan kali ni ada kisah cinta diselitkan kerana watak yang lebih dewasa.

Kena tengok betapa hebat, comel dan uniknya setiap beasts yang ada di dalam ni. Paling seronok adalah perkara yang berlaku di dalam beg Newt tu! CGI dan effects yang menarik. Tapi aku skeptikal dengan rekaan watak antagonis yang bagi aku selalu sangat muncul dalam banyak filem lain. Prop dan suasana zaman 1926 yang berjaya membawa mooddna tepuk tangan untuk lesungguhan tu!

Keseluruhannya, sebagai peminat filem HP, ini filem pembukaan yang sangat menarik. Adalah beberapa babak tu yang agak cheezy, tapi yang mengujakan adalah background plot yang bakal dibawa di dalam francais ini. J.K dan buat skrip filem kedua dan mula idea untuk filem ketiga, tau! Memang mengubat rindu betul. Lagi-lagi bila kau tahu setiap fungsi spell yang disebut dan beberapa nama watak yang di-refrence-kan. Tak sabar untuk sekuel!

POPKON:

popkonX4.5

TAHAP TONTON:

TEPUK TANGAN SAMBIL KELUAR PANGGUNG.

Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!

Keyword: #FantasticBeast, Fantastic Beasts and Where to Find Them, Fantastic Beasts and Where to Find Them review, Fantastic Beasts and Where to Find Them movie, sembang wayang, movie review, Fantastic Beasts and Where to Find Them 2016, Fantastic Beasts and Where to Find Them filem, filem 2016, review bahasa melayu, bahasa malaysia

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s