Balqis merupakan seorang kanak-kanak yatim piatu dan boleh berkomunikasi dengan karakter kartun kesukaannya, Upin dan Ipin. Masalah mula timbul apabila rumah anak yatim yang didiaminya mahu digadaikan kepada seorang ahli perniagaan. Balqis bersama Upin dan Ipin perlu mempertahankan rumah anak yatim tersebut dan dengan bantuan penyanyi Rock terkenal, Awie, semuanya bakal menjadi lebih mencabar.
Tajuk: Upin Ipin Jeng Jeng Jeng
Klasifikasi: Umum
Edaran: Primeworks
Genre: Animasi, Fantasi
Pengarah: Erma Fatimah
Bahasa: Malaysia
Tayangan Malaysia: 24 November 2016
Tempoh: 1 jam 38 minit
Pelakon: Putri Balkis, Awie, Sara Ali, Gambit, Remy Ishak
Panggung Wayang: GSC Mid Valley, Kuala Lumpur
Sembang:
Rindu untuk melihat Upin dan Ipin di panggung wayang selepas filem Geng: Pengembaraan Bermula tujuh tahun lalu? Kali ini mereka kembali bersama pelakon kanak-kanak hebat, Puteri Balqis! Aku sendiri lama juga tak menonton rancangan Upin Ipin di TV, tapi kadang-kadang bila lalu di subscription Youtube aku, rajin jugalah menonton.
Filem ini mendapat sokongan daripada MDEC dan pembiayaan daripada FINAS dengan kos 4 juta. Filem ini diarahkan oleh seorang pengarah hebat juga, Erma Fatima Mok Cun! Fuyohh~ Kemain kan. Yelah, berdasarkan populariti watak animasi ni, tak hairan le ada sokongan hebat dan pengarah yang best. Ini hadiah khas untuk para peminat dua budak botak penuh comel dan keletah! Hey, gandingan manusia dan watak animasi.. bila last filem Malaysia buat macam tu? Laaaamaaaa dulu tau!
Asalnya, bukan Upin Ipin yang menarik perhatian aku pada filem ini, tapi Puteri Balqis. Aku suka lakonan dia. Dalam filem ni, Balqis nampak seperti kanak-kanak biasa – bukan dengan tema berat dan permainan emosi melampau. Ini mesti kerja mudah je untuk Balqis, kan? Haha. Selain dia, aku kagum juga dengan beberapa watak kanak-kanak lain yang bagi aku, untuk pelakon semuda mereka, lakonan tu sangat bagus! Tahniah adik-adik tu. Aku tak sangka juga ada pelakon-pelakon tersohor macam Awie dan Remy Ishak dalam tu. Untuk lakonan, semuanya best.
Pace cerita turun naik. Ada babak yang aku rasa terlalu lama dan ada yang laju tiba-tiba. Transition pun ada ketika mengelirukan. Jalan cerita mudah, tapi adalah sikit plot twist kat tengah tu. Straightforward je cerita ni sebab audiens dia memang untuk kanak-kanak. Bila Upin Ipin keluar memang budak-budak suka betul. Untuk tarik perhatian orang dewasa, tak berapa kot – kecuali jiwa seperti aku yang sebak bila melihat Upin Ipin dan Aqish menangis. Huuuu~
Ada babak humor yang buat aku gelak tanpa paksa. Watak Awie dan Bo tu memang memberi penarik filem ni. Upin dan Ipin usah cakaplah.. Yang penting, mereka ada hampir 90% dalam cerita ni! Seronok. Ehh. Cuma, macam tak perlu je permainan perasaan romantis dalam tu. Takde pun okay rasanya. Bagi aku, agak terganggu juga. Lagipun ini cerita kanak-kanak kan..
Okay, bab teknikal dia. Opening je dah ada vibe filem KRU sebab rasa macam filem Magika pulak. Skor muzik ceria sentiasa. CGI Upin dan Ipin… MANTAP habis! Langsung tak nampak awkward pergerakan dan interaksi watak manusia dengan mereka. Cantik dan kemas, siap extra comel dengan mata bersinar-sinar! Ahh.. ternyata seronok bila menonton Upin Ipin. Paling comel, tetap Ipin~ Weee.
Keseluruhannya, ini filem yang menarik terutamanya untuk tontonan anak-anak. Bawalah menonton sebelum filem Moana nanti. Ini contoh filem Malaysia untuk kanak-kanak tapi kualitinya bagus. Tutup mata sikit bab promo tu, sebab anak-anak mana ambil tahu masa menonton nanti. Mak ayah la, prepare duit bila diorang mintak. Haha.
Oh, ada post credit scene juga selepas habis. Tunggu sekejap. Sekejap je.
POPKON:
TAHAP TONTON:
BOLEH LAYAN LA.
Sembang tepi:
Ya, bab promosi dalam filem. Aku boleh nampak strategi mereka untuk filem ni dan sangat obvious bagi kita yang dewasa ni. Sampai ada mak ayah mengeluh dalam panggung “Promo, promo, promo!”. Huhuhu. Ada baik buruknya kaedah ni – bila sampai satu tahap orang boleh rasa menyampah. Aku? Tak jugak sebab biasalah kan.. Mr Lavid pun kata, “Ini bisnes, mesti kena ada untung maa!”
Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!
Keyword: #UpinIpinJeng, Upin Ipin Jeng Jeng Jeng, Upin Ipin Jeng Jeng Jeng review, Upin Ipin Jeng Jeng Jeng movie, sembang wayang, movie review, Upin Ipin Jeng Jeng Jeng 2016, Upin Ipin Jeng Jeng Jeng filem, filem 2016, review bahasa melayu, bahasa malaysia