SEMBANG WAYANG: Moana

moana

Mengisahkan tentang Moana, seorang anak ketua kepada sebuah kepulauan kecil Motunui yang perlu menjelajah dan merentasi lautan untuk mencari seorang penyelamat bernama Maui. Pulau yang didiami Moana mula ditimpa masalah kerana hati dewi Te Fiti telah dicuri. Kini, Moana yang menjadi pilihan, perlu mencari Maui dan menyelamatkan dunia dari kehancuran!

Tajuk: Moana

Klasifikasi: PG13

Edaran: Buena Vista

Genre: Animasi 3D, Fantasi

Pengarah: John Musker, Ron Clements

Bahasa: English

Tayangan Malaysia: 1 Disember 2016

Tempoh: 1 jam 54 minit

Pelakon: Auli’i Cravalho, Dwayne Johnson

Panggung Wayang: GSC Mid Valley, Kuala Lumpur

Sembang:

Disney Princess kembali! Ermm.. tapi kali ini bukan princess dengan istana mewah dan rumah yang besar, tapi dari kepulauan Polynesian dengan budaya yang lain dari yang lain! Filem animasi ke-56 dari Disney kali ini tampil berani tanpa plot cinta romantis dan lebih kepada girl power untuk menyelamatkan dunia. Mengekalkan tema muzikal, filem Moana memberikan nafas baru di dalam dunia animasi Disney dengan paparan visual yang semakin memberangsangkan.

Memperkenalkan pelakon suara dari etnik yang sama dengan Moana, Auli’i Cravalho. Walaupun ini filem pertama Auli’i, ternyata lakonan suaranya sangat bagus dalam meghidupkan watak Moana. Chemistry yang sempurna pula bersama The Rock sebagai Maui menjadikan mereka antara gandingan terbaik di dalam filem. Tak banyak pun watak dalam Moana selain mereka berdua – selain si ayam ngok ngek, Heihei. Sebenarnya berat beban Moana dan Maui untuk membawa filem ini tanpa sokongan watak-watak lain. Tapi, mereka berjaya dengan interaksi dan lakon suara yang cukup hebat!

Pace ceritanya sederhana. Adakala, kalau tak beri perhatian pada kehebatan visual, korang akan ‘hanyut’ sedikit. Sebab di dalam filem ni kebayakan lokasi mereka hanyalah di lautan. Laut kan, faham-faham je lah. Perkembangan plot boleh dikatakan menarik dan sedikit twist dipenghujungnya sangat memberi kesan pada ceritanya. Ada babak humor dan aksi yang menyeronokkan walaupun di antara dua watak utama itu sahaja. Ahh, ada juga beberapa babak sedih tapi kali ni kurang memberikan impak seperti filem-filem Disney yang lain.

Perkembangan teknologi dalam penghasilan visual naik satu tahap lagi! Scenery yang nampak sangat hidup dan pergerakan alam semulajadi (seperti air dan ombak) betul-betul nampak real! Selain itu, character modeling pun lebih realistik disamping pergerakan yang sungguh manusiawi. Sebenarnya, semua ini korang kena amati dan rasai dalam mengikuti jalan ceritanya kalau mahu penghayatan maksima.

Keseluruhannya, ini filem animasi Disney yang humble, tetapi ada identiti yang gaya tersendiri. Persembahan Moana lebih kepada kekuatan watak untuk menghidupkan jalan cerita dan disokong oleh visual yang sentiasa memikat hati. Kalau betul itu tujuan Moana, ternyata mereka berjaya memberikan kesan. Usah bandingkan Moana dengan filem princess sebelumnya kerana Moana tampil berani dan berbeza!

POPKON:

popkonX4.5

TAHAP TONTON:

TEPUK TANGAN SAMBIL KELUAR PANGGUNG.

Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!

 Keyword: #Moana, Moana, Moana review, Moana movie, sembang wayang, movie review, Moana 2016, Moana filem, filem 2016, review bahasa melayu, bahasa malaysia
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s