SEMBANG WAYANG: Sing

sing

Buster Moon memiliki sebuah teater yang dahulunya merupakan sebuah tempat yang paling popular. Namun, kerana peredaran masa, persembahan teater kurang diminati dan Buster mula dikejar pemuitang dan bank yang ingin melelong premisnya. Dia mendapat idea untuk membuat satu pertandingan nyanyian sebagai cara untuk menarik kembali penonton. Banyak yang datang untuk mencuba nasib datang daripada pelbagai latar belakang. Buster perlu berusaha untuk melakukan persembahan yang diinginkannya.

Tajuk: Sing

Klasifikasi: Umum

Edaran: United International Pictures

Genre: Animasi 3D, Komedi, Muzikal

Pengarah: Garth Jennings

Bahasa: English

Tayangan Malaysia: 8 Disember 2016

Tempoh: 1 jam 48 minit

Pelakon: Matthew McConaughey, Reese Witherspoon, Seth MacFarlane, Tori Kelly, John C. Reilly, Taron Egerton, Scarlett Johansson

Panggung Wayang: GSC Mid Valley, Kuala Lumpur

Sembang:

Illumination ni selalu tampil dengan filem-filem yang pelik-pelik tetapi kebanyakannya sangat kena dengan citarasa aku! Kini kembali dengan SING, kisah di galaksi entah mana, dunia yang dihuni oleh haiwan seakan Zootopia. Ini filem muzikal yang fokus kepada nyanyian watak-wataknya yang menarik. Mengumpulkan lebih daripada 85 lagu lama dan baru, filem harus tonton untuk korang yang minat menyanyi – atau tengok orang menyanyi!

Di dalam  filem ini sebenarnya banyak watak yang diketengahkan, tetapi dua watak lakonan suara dua pelakon yang menarik perhatian aku membintangi filem muzikal ini adalah Scarlett Johanson dan Taron Egerton! Scarlett Jo sebagai gadis landak punk rock yang mengalami masalah cinta… excited gila nak dengar dia menyanyi. Haha. Kemudian, bila Johnny lakonan Taron menyanyi.. satu panggung tepuk tangan! Best betul. Selain dua ni, Matthew McConaughey yang semakin rancak membuat lakon suara tampil lain dari yang lain dengan watak koala, Buster. Ramai lagi pelakon yang hebat dengan suara yang mengancam dalam ni dikumpulkan bersama. Oh, mungkin watak yang paling lawak adalah makcik iguana dengan mata palsu tu.

Pace caritanya pantas! Semasa persembahan mereka, rasa macam menonton persembahan live. Walaupun tiada aksi sangat, tapi plotnya disusun dengan kemas supaya kita tak sabar nak lihat apa yang akan terjadi. Jalan ceritanya mungkin predictable sebab cerita begini sudah banyak kali ada, tapi tersembahan dan garapannya yang membuatkan filem ini sedikit berbeza. Walaupun banyak watak, tapi setiap satu diberikan ruang yang cukup untuk menyerlah dengan background story masing-masing. Ada babak humor yang disampaikan dengan santai sahaja. Ada juga babak sentap beberapa ketika. Straightforward, tiada plot twist melampau. Memang sempoi je filem SING ni.

Animasi yang kemas dan tak boleh nak elak, memang mirip Zootopia. Cuma dalam SING, haiwannya lebih kepada manusiawi. Transisi yang smooth, pergerakkan watak pun nampak cantik. Audio pun boleh tahan, kalau menonton IMAX mesti lagi best. Masa final performance, persembahan pentas dan teknik lighting tu.. hebat betul!

Keseluruhannya, filem ini pasti menghiburkan semua. Recommended! Ataupun, lebih menonjol kepada dewasa berbanding kanak-kanak, tapi ada ‘rasa’ dan mesej yang disampaikan melalui SING. Walaupun muzikal, korang takkan rasa sangat sebab SING, seakan menonton perjalanan realiti TV.

POPKON:

popkonX5

TAHAP TONTON:

SAMPAI ESOK PUN, MASIH TAK BOLEH MOVE ON!

Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!

Keyword: #Sing, Sing, Sing review, Sing movie, sembang wayang, movie review, Sing 2016, Sing filem, filem 2016, review bahasa melayu, bahasa malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s