Kongsi Jangan TAK KONGSI!

kongsi

SEMBANG KOMIK: Kongsi, Jangan TAK KONGSI

[Diambil dari Facebook page Danial Haikal Scope]
Salaam!
Hari tu, masa mengendalikan bengkel melukis, saya ada bertemu seorang peserta yang minat menulis. Katanya dia ada menulis beberapa cerpen dan sekarang cuba menulis novel. Wah, kagum betul! Walaupun umur 10 tahun, sudah ada minat yang hebat. Jadi saya tanya dia, di mana boleh saya baca hasil penulisannya.
 
“Ala, abang. Dekat rumah, dalam buku latihan je.”
“Alamak! Kenapa tak bawa? Boleh share dengan abang dna kawan-kawan.”
“Saya tak tahu nak share macamana, bang.”
 
Alahai, kesian betul. Zaman sekarang sebenarnya sangat-sangat berbeza dengan zaman saya bersekolah dahulu. Selain melukis, saya minat juga menulis. Sama macam adik tadi, saya menulis di dalam buku nota dan buku latihan. Tapi sebab berpindah – dan tak pandai menghargai hasil karya, banyak penulisan dan lukisan saya sudah hilang begitu sahaja. Rugi tau sebab dah menulis banyak benda!
 
KONGSI HASIL LUKISAN/PENULISAN UNTUK PENGKARYA MUDA
 
Saya minat menulis dan sebelum mencapai impian sebagai penulis, saya jadikan menulis sebagai hobi dahulu. Satu platform yang saya baru kenali tahun ini menjadi tempat untuk saya kongsikan hasil penulisan saya iaitu di http://www.wattpad.com. Wattpad merupakan laman web untuk kaki buku dan penulis. Di dalamnya terdapat banyak bahan bacaan pelbagai genre dan korang juga boleh hasilkan karya di situ. Hasilnya, bermula Januari lalu, sekarang saya sedang menulis sebuah cerpen bersiri (macam novel) mencapai 40 bahagian dan cerpen cerita seram – 10 bahagian.
 
Untuk lukisan pula, ada banyak platform terkenal yang boleh dicari dengan bantuan Encik Google. Kebanyakan paltform ini digunakan oleh pelukis sebagai tempat berkongsi dan juga sebagai hasil pendapatan. Tapi untuk saya sendiri, sebagai permulaan saya menggunakan platform Instagram dan Facebook Page sahaja untuk berkongsi hasil lukisan.
 
Kenapa perlu share hasil penulisan/lukisan dengan orang lain?
 
Pada saya, kita boleh hasilkan banyak karya sebagai latihan ataupun kepuasan diri. Namun, apa yang lebih penting adalah penerimaan pembaca. Saya pasti akan ada rasa risau dan takut apabila mempamerkan hasil karya kepada orang ramai, tetapi jika kita bersungguh dan serius untuk menjadi penulis/pelukis, kritikan dan komen daripada pembaca sangat-sangat diperlukan.
 
Karya Syok Sendiri?
 
Sewaktu bermula dulu, saya amalkan konsep SS (Syok Sendiri) ketika berkarya. Sebagai permulaan, PERLU. Hasilkan mengikut minat dan kehendak kita. Apabila kita mula melangkah masuk kedalam dunia penerbitan, konsep SS perlu dielakkan.
*Tetapi ada caranya mahu teruskan SS, saya share lain kali!
 
Jika adik-adik yang masih bersekolah dan tiada akses kepada internet, mohonlah bantuan daripada ibu bapa atau abang kakak. Ini satu cara bermanfaat untuk gunakan laman sosial dan internet. Tak pun, tag mereka di post ini supaya mereka faham.
 
Kongsikan hasil penulisan/lukisan anda. Lihat komen dan penerimaan pembaca. Mana yang rasa kurang diberi perhatian, cuba lagi dan jangan berhenti menghasilkan karya. Kita takkan pernah menghasilkan karya yang terbaik. Setiap karya pasti akan ada yang lebih baik selepasnya. Teruskan berkarya.
 
Jangan lupa kongsi!
#tipsabangdani
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s