Mengambil tempoh waktu sebelum Star Wars Episode IV: A New Hope, filem ini memberikan kisah disebalik perjuangan sekumpulan penentang Empire di dalam misi untuk mendapatkan pelan senjata terhebat Empire, Death Star. Mengikuti kisah anak kepada pereka Death Star, Jyn Erso perlu meyakinkan The Rebel Alliance tentang rahsia untuk memusnahkan senjata itu.
Tajuk: Rogue One: A Star Wars Story
Klasifikasi: PG13
Edaran: Buena Vista
Genre: Aksi, Pengembaraan, Sains Fiksyen
Pengarah: Gareth Edwards
Bahasa: English
Tayangan Malaysia: 15 Disember 2016
Tempoh: 2 jam 15 minit
Pelakon: Felicity Jones, Diego Luna, Riz Ahmed, Ben Mendelsohn, Donnie Yen, Jiang Wen, Forest Whitaker, Mads Mikkelsen
Panggung Wayang: GSC Mid Valley, Kuala Lumpur
Sembang:
Di dalam francais Star Wars, Rogue One adalah filem ke-8 mereka yang juga merupakan filem antology (macam filler) untuk siri tersebut. Menampilkan kisah disebalik perjuangan sebelum filem asal pertama (A New Hope) terjadi, Rogue One membawakan kisah yang mengujakan dengan aksi yang mantap! Kalau korang bukan pengikut sebenar filem ini, YA, kita geng! Tapi jangan risau.. jika pernah menonton Star Wars yang dulu dan masih ada saki baki memori filem dahulu, Rogue One selamat untuk ditonton.
Barisan pelakon yang berjaya membawakan watak yang berkesan! Waak utama, Jyn Erso lakonan Felicity Jones, walaupun bermula agak ‘lemah’ tetapi apabila cerita berkembang, gaya dan lakonannya juga berubah menjadi best. Banyak betul watak pembantu di dalam Rogue One ni dan seronoknya, antara mereka adalah pelakon yang amat dikenali. Paling menarik adalah watak Chirrut Îmwe yang dilakonkan oleh Ip Man, Donnie Yen. Terdapat juga watak yang diambil daripada versi animasi iaitu Saw Gerrera lakonan Forest Whitaker. Bagi aku, watak Saw dan Darth Vader (ya, dia harus ada) tak memainkan peranan sangat dan rasanya antagonis utama pun tak berapa best. Watak yang buat aku jatuh hati pandang pertama adalah K-2SO, droid Imperial yang sangat becok dan ‘jujur’ tu!
Pace ceritanya bermula agak perlahan sebab mahu memberikan sedikit kisah latar watak-watak tertentu. Tetapi bila sampai waktu mereka beraksi… pergh! Aku jarang menonton filem yang ada perang angkasa ni, tapi dalam Rogue One, aksi peperangan di angkasa, malah di daratan pun boleh tahan best! Tak banyak humor dan kebayakan babak adalah tegang menjadikan plot berkembang semakin laju. Penutup yang boleh dijangka (duhh.. sebab tau dah apa yang akan jadi lepas ni kan) tetapi ditutup dengan kemas dan perkaitan dibuka untuk cerita yang berlaku selepasnya. Satu aku mula perasan filem Star Wars ni, mesti ada isu dengan father figure. Betul tak?
Skor muzik dia mantop beb! Teruja betul terutamanya babak aksi. Special effects sudah tentulah ada. Yang pasti ada beberapa babak yang membuatkan korang terpelanting jauh dengan filem pertama Star Wars ni. Walaupun aku taklah minat, tapi ada sense of nostalgic dalam filem ni. Oh, lagi best ada watak lama yang dimasukkan dengan teknik seakan animasi 3D. Aku tengok terus perasan dan teringat watak tu dulu. Ala.. hebat betullah!
Keseluruhannya, filem ini menyeronokkan. Jangan risau kalau tak menonton filem Star Wars yang lain sebab korang pasti teruja dengan aksi dan ceritanya tu. Jika korang peminat setia, filem ni lebih kepada fan service. Tapi kalau bukan peminat, ini filem yang baik untuk korang mula tengok semua filem-filem di dalam francais Star Wars ni – aku rasa ini mungkin juga strategi mereka sebelum meneruskan dengan trilogi yang baru ni. Boleh kata juga, recommended!
POPKON:
TAHAP TONTON:
TEPUK TANGAN SAMBIL KELUAR PANGGUNG.
Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!
Keyword: #RogueOne, Rogue One, Rogue One review, Rogue One movie, sembang wayang, movie review, Rogue One 2016, Rogue One filem, filem 2016, review bahasa melayu, bahasa malaysia
felicity jones is bae
LikeLike