Gaya Lukisan Paling HEBAT!

SEMBANG KOMIK: Gaya Lukisan Paling HEBAT!stroke

Salaam!

Hari Rabu lepas saya berkesempatan untuk turut serta di dalam sebuah kelas yang menarik berkaitan jenama (brand). Kelas yang dikelolakan oleh Tuan Syaizul Amal tu membuka mata saya tentang apa fungsi penjenamaan dan bagaimana mahu melaksanakannya dengan baik.

Di dalam penghasilan komik, penjenamaan juga penting. Antara perkara yang menjadi jenama adalah NAMA pelukis, TAJUK karya dan GAYA lukisan. Jika anda pelukis muda atau baru mahu berjinak-jinak melukis, saya mahu kongsikan tentang gaya lukisan sebagai jenama kita!
 
Gaya lukisan tu apa?
 
Gaya lukisan merujuk kepada stail yang mempengaruhi lukisan kita. Antara gaya lukisan yang popular masa kini adalah gaya yang dipengaruhi stail Jepun (Rujuk: manga), Hong Kong (Rujuk: manhua) dan US (Rujuk: Marvel) – sekadar menyebut beberapa contoh.
 
Untuk memilih gaya lukisan bukanlah sekali seumur hidup. Jangan takut untuk terus cuba dan tukar gaya lukisan kita walaupun dah selesa dengan sesuatu gaya itu. Semua orang bebas memilih gaya lukisan, maka apa yang penting untuk kita adalah mencipta gaya lukisan yang ada faktor ‘WOW’ berbanding lukisan orang lain.
 
Penting ke gaya lukisan?
 
Mestilah penting sebab gaya lukisan akan menjadi jenama kita, lebih-lebih lagi jika lukisan yang kita hasilkan ada keunikan tersendiri. Bila lukisan kita unik, menonjol dari lukisan orang lain dan akhirnya senang dikenali. Tetapi, untuk mendapatkan gaya lukisan yang hebat, perlu terus berlatih dan cuba cipta gaya lukisan tersendiri!
 
Macamana nak cipta gaya lukisan yang hebat?
 
Berlatih, berlatih dan berlatih. JANGAN BERHENTI!
Itu saja caranya untuk mendapatkan gaya lukisan yang ‘WOW’. Seperti yang saya kongsikan sebelum ini, meniru lukisan juga boleh dijadikan sebagai latihan. Teruskan melukis sehingga kita yakin, kita sudah ada gaya lukisan sendiri. Mempunyai banyak gaya lukisan pun tak mengapa.
 
Boleh ke ada banyak gaya lukisan?
 
Sebenarnya, bila kita mempunyai banyak gaya lukisan, kita dapat tampilkan lukisan kita kepada audiens yang pelbagai. Jadi, kita ada fleksibiliti dan peluang juga akan terbuka lebih banyak! Bila ada banyak peluang, kita boleh buat banyak komik! Weehu~
 
Saya sendiri sebagai pelukis komik, mempunyai beberapa gaya lukisan. Tiga dari pelbagai gaya itu adalah yang paling dominan dan selalu saya gunakan.
 
Di dalam lukisan di atas, gaya (1) digunakan di dalam komik “Sayang Ummi” dan di dalam facebook page Paradecomix, (2) apabila melukis komik yang memerlukan perincian yang lebih, manakala (3) untuk menghasilkan komik yang santai dan lebih aksi. Ketiga-tiga gaya lukisan ini ada kelebihan tersendiri dan pemilihan adalah berdasarkan keperluan komik yang ingin dilukis.
 
Jadi, mulakan melukis dan cipta gaya lukisan tersendiri untuk dijadikan sebagai jenama kita. Saya pun masih belajar dan mencari gaya lukisan yang hebat sejak dua tahun lalu. Ini bukan kerja sehari dua tahu. Capai pensil dan terus melukis, SEKARANG!
 
Jangan lupa kongsi!
#tipsabangdani #dhscope
[Facebook page Danial Haikal Scope]
 
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s