KORBAN Gadis Komik!

SEMBANG BUKU: Korban Kerusi Biru / Gadis Novel LAWAN Budak Komik

korbankomik

BUKU 1

Tajuk: Korban Kerusi Biru

Genre: Seram, Fiksyen, Remaja

Penulis: Ain Maisarah, Aman Wan

Penerbit: BLINK Book Sdn. Bhd., 2016

Mukasurat: 101 muka surat

Bahasa: Malaysia

ISBN: 978-967-0411-98-9

Kedai Buku: KedaiBlink.com

Harga: RM 10.00 / RM 12.00 (SS)

Ringkasan:

Inilah kisah tentang Janna, seorang remaja yang mempunyai kebolehan melihat mahkluk halus. Pandang ke kanan, ada manusia tanpa kepala. Pandang ke kiri, ada wanita yang hitam mukanya. Ini membuatkan dirinya trauma dan berpindah ke Sri Bangsar.

Janna dapat melihat ada lembaga wanita berwajah mereput sering mengekori Nani, si mangsa buli. Lembaga itu menari-nari gembira setiap kali Nani berdukacita. Lidahnya panjang, sering menjilat wajah Nani dengan penuh kasih sayang. Nani juga ada rahsia paling besar dalam hidup yang cuba diselindung.

Sembang:

Novel ringan yang juga prekuel kepada novel di dalam Siri Seram, Lembaga Kerusi Belakang hasil tulisan bersama Ain Maisarah dan klon kembang Aaron Aziz, Aman Wan. Dari mana datangnya lembaga yang menghantui Nadiya? Seperti yang dijanjikan, aku pun gigih membaca dua novel ini malam tadi. Katanya nak review lebih mencabar, jadi… sedia.

Perasaan seram di dalam novel ni kurang sedikit berbanding buku pertama. Mungkin kerana penekanan pada isu buli dan mainan perasaan dua watak utama iaitu Janna dan Nani. Rasa empati lebih kepada Nani dengan kisah latar yang sangat tragis dan sadis tu. Ada beberapa kali ter-flash back beberapa babak di dalam filem seram dan traumatik begitu. Seram tak sangat, sedih tu ada.

Isu yang disentuh adalah isu biasa tetapi kritikal yang berlaku di dalam hidup remaja. Kes buli yang tak pernah habis dan expectation keluarga. Ceritanya digarap dan disusun dengan baik. Namun, ada beberapa babak yang aku rasakan tidak begitu ‘logik’ dan ada juga plot tidak dikembangkan. Mungkin kalau ada lebih mukasurat, penulis akan dapat peluang tu. Ah.. penutup cerita tentang Edora tu, laju betul! Cuma kali ni, kisahnya diakhiri dengan tenang. Kalau korang baca buku ini dulu, boleh terus baca Lembaga Kerusi Belakang.

Keseluruhannya, buku yang ada permainan emosi. Seram, sedih, sakit jiwa. Penulis bijak bermain dengan penyusunan plot, cuma penutupnya agak ringkas. Dengarnya akan hadir dalam bentuk trilogi, jadi perlu nantikan kisah penutupnya selepas ini.

Facebook penulis: Ain Misarah Novelis | AmanWan (official)

GEEK LEVEL:

geekX4

BUKU 2

Tajuk: Gadis Novel LAWAN Budak Komik

Genre: Fiksyen, Remaja

Penulis: Ain Maisarah, Khairil Kamarudin

Penerbit: BLINK Book Sdn. Bhd., 2016

Mukasurat: 96 muka surat

Bahasa: Malaysia

ISBN: 978-967-0411-97-2

Kedai Buku: KedaiBlink.com

Harga: RM 10.00 / RM 12.00 (SS)

Ringkasan:

Pembubaran Kelab Novel dan Kelab Komik? Sekolah Sri Bali kecoh apabila dua presiden menyerang mesyuarat kelab dan persatuan. Tidak puas hati kerana kelab mereka dibubarkan oleh pihak sekolah! Nella Amara selaku presiden Kelab Novel dan geng gadis-gadis novel harus bertindak! Hafidzi Roshidi beserta pelajar-pelajar yang mencintai komik perlu mempertahankan hak!

Sembang:

Novel di dalam Siri Lawan hasil tulisan bersama Ain Maisarah dan karya pertama, Khairil Kamarudin ini agak lain ‘vibe’ ceritanya. Ini novel Siri Lawan pertama yang aku baca dan novel ini tampil berbeza sedikit dari beberapa novel Blink yang pernah dibaca. Mungkin ini gaya Siri Lawan, agaknya la kan.

Ini penulisan pertama penulis (Khairil), jadi izinkan aku manja-manja dahulu. Tajuk dan covernya sangat menarik! Tahukah korang, ada limited edition untuk cetakan pertama dengan cover yang berbeza? Haa.. aku antara yang ada cover tu. Haha. Tabik kat illustrator hebat, Ain Hafizah (Lavendra).

Kalau Korban Kerusi Biru habis tiba-tiba, yang ini pula bermula tiba-tiba, lompat kepada plot tu tiba-tiba dan ada watak muncul tiba-tiba. Tanpa lengah terus kita masuk kepada konflik cerita tanpa perlu tunggu. Persaingan di antara dua kelab tu menarik, tetapi agak ‘dijangkakan’. Cerita yang straightforward dan isunya tidak berat. Humornya ada, tapi belum cukup untuk buat aku tersengih. Penutupnya pun mudah dan konflik selesai terus.

Pandai betul masukkan promo program BLINK dan cameo penulis di dalam tu. Aku rasa part hujung tu agak seronok dibaca – sebab pernah pergi program PJS.. relatable!

Keseluruhannya, novel yang okay. Sebenarnya, aku boleh faham visi penulis ni, tapi mungkin kerana mukasurat yang terhad dan cerita yang simple membuatkan plot kurang dikembangkan sebaiknya. Masih seronok di baca dan adik-adik pasti terhibur dengan kisahnya. Walaupun aku pelukis komik, aku suka baca novel. Jadi, jangan paksa aku pilih!

Tahniah untuk Khairil dengan novel pertama ni! Teruskan berkarya, tak kiralah menulis atau berlakon, sampai berjaya. Insha Allah. BERUSAHALAH!

Facebook penulis: Ain Misarah Novelis | Khairil Kamarudin

GEEK LEVEL:

geekX3

keyword: book review, review buku, seram, lembaga kerusi belakang, blink book, kedai blink, buku, ulat buku, geek, readings, membaca, Aman Wan, siri seram, Khairil Kamarudin, siri lawan, novel, komik

Advertisements

2 thoughts on “KORBAN Gadis Komik!

  1. Hmmm setuju dengan review buku Korban Kerusi Biru, kalau panjang lebih sikit dalam 2-3 bab lagi boleh tutup dengan lebih kemas. Rasa macam amat tergesa-gesa untuk tutup segalanya dalam hanya 1 bab. Tapi buat aku lebih berminat nak tahu apa kesudahan dalam buku 3 dan adakah watak buku1 atau buku 2 akan bertembung atau hanya sekadar prequel nak cerita pasal lembaga sahaja?

    Liked by 1 person

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s