15 Komik Pilihan CKOM 2016!

SEMBANG KOMIK: 15 Komik Pilihan dari Cabaran Komik Online Malaysia (CKOM) 2016!

matkomik3

20 Disember lepas baru saja berakhir penyertaan untuk Cabaran Komik Online Malaysia (CKOM) 2016. Tahun ini, penyertaan semakin meningkat iaitu sebanyak 145 komik daripada 110 pelukis komik. WOW! Istimewanya tahun ini, tema agak mencabar: “HERO” dengan komik gaya “SILENT COMIC”- komik tanpa dialog. Walaupun agak sukar, jumlah penyertaan tu membuktikan pelukis komik Malaysia ni sangat berani menyahut cabaran sebegitu. Cayalah!

Tahun ini aku pun agak sibuk juga, tapi sempat menghantar satu komik untuk CKOM2016 dengan tajuk “My Hero”. Korang boleh baca di sini. Ahh.. memang simple habis komik aku kali ni.

Sebenarnya, ada juga dua lagi komik yang mahu dihantar, tapi aku memang sibuk sikit dan tak sempat nak siapkan. Satu tu hanya siap dua mukasurat saja. Haihh. Takpelah, lagipun bila melihat penyertaan yang semakin hebat tahun ini, rasanya satu pun belum mampu nak lawan mereka semua. Ha ha ha – gelak paksa. Sepuluh mukasurat nampak sikit, tapi nak buat tu… Bertabahlah.

Seperti CKOM2015, penajanya masih lagi KOMIK-M dengan wang tunai sebagai hadiah utama yang menjadi rebutan sebanyak RM1000! Selain itu,  Bookcafe & Sketches Online Store juga menjadi penaja bersama disamping  Buasir Otak sebagai rakan media online. Sedikit perbezaan untuk penjurian, kali ini 100% daripada juri profesional dan tiada komik paling popular.

Jadi, berbalik kepada tajuk entri ni. Dari 145 penyertaan, meh aku nak kongsikan 15 komik pilihan untuk CKOM2016! Ini pilihan peribadi aku berdasarkan penilaian aku sebagai PEMBACA komik. Kriterianya:

  1. Penyampaian cerita
  2. Kekemasan lukisan
  3. Ada tak HERO-nya?

Semua komik yang masuk tu hebat-hebat belaka, tapi yang aku pilih ini mengikut citarasa citawarna aku secara personal. Tiada turutan mana yang terbaik untuk semua komik ini. Sedia, jomm!

Si Hati Kayu | Pelukis: Hyrohiku

Ini penyertaan pertama untuk CKOM2016 dan ternyata telah memberikan tamparan hebat untuk mereka yang ingin turut serta! Jalan cerita yang menyentuh jiwa, jelas dan diolah dengan cukup baik. Kena pula dengan lukisan tahap dewa pedang langit ke tujuh… Komik ini sememangnya menjadi pilihan sebagai calon juara! Aku sedikit terganggu dengan penyusunan panel, tetapi tidak membantutkan mood dan rasa untuk mendalami perasaan watak di dalam komik itu. Salute!

Baca komik di sini.

Kalau Bukan Kita Hero Siapa Lagi? | Pelukis: Topek

Dua penyertaan awal CKOM2016 ni memang tahap pro! Komik ini memberikan penekanan kepada cerita dan situasi. Keunikannya adalah bagaimana pelukis mengolah cerita dan mampu meletakkan babak aksi di dalamnya sebagai gambaran situasi -walaupun ada nampak sikit aneh  perkaitannya. Lagi satu sebab memang pelukis ni suka melukis komik aksi. Lukisan kemas dengan aksi watak yang pelbagai menaikkan mood.

Baca komik di sini.

“Air Tak Ada, Mak” | Pelukis: Joshua Chung

Pelukis ini ada turut serta tahun lepas. Waktu itu aku sangat kagum dengan cara pelukis mengolah cerita dan budaya. Kali ini, benda yang sama dilakukan. Kisahnya mudah, tetapi ada mesej dengan garapan gaya penuh ke-Malaysia-an tu. Gaya lukisan yang unik dan ada feel komik doodle itu membuatkan aku sangat suka dengan komik ini. Tahniah, Joshua! Saya kagum dengan karya anda tau.

Baca komik di sini.

Wira Kecil Berjiwa Besar | Pelukis: Yoketouchi

Ini pun antara pro yang turut serta kali ini. Pun dengan kisah yang mudah dan straightforward tentang hero. Tumpuan untuk komik ini adalah pada skil dan gaya lukisan yang hebat. Siap dengan details pada background lagi.

Baca komik di sini.

Wira Kecil | Pelukis: Pami Akram

Komik yang comel dengan gaya lukisan ala komik dari US! Aku kurang jelas tentang maksud hero yang nak disampaikan, tetapi au beri kredit kepada gaya lukisan yang kemas dan unik tu.

Baca komik di sini.

Terima Kasih | Pelukis: Harihtaroon

Alaa.. Ni pun pro juga! Rasanya komik ni paling hype dan banyak dikongsikan di Facebook sewatu awal kemunculan di dalam CKOM2016 ni. Memang patut pun hype sebab bagus kualitinya dan boleh dijadikan sebagai rujukan. Kisahnya pun simple, tetapi yang menarik adalah garapan cerita dan plot twist dipenghujungnya. Jujurnya, aku yang baca dari awal pun tak sangka twist begitu. Aku perasan juga, tahun ni memang ramai suku lukis KUCING ke?

Baca komik di sini.

Demi Cinta Ini | Pelukis: Al-Hafiz

Aduhai.. tahun lepas karya pelukis ini menjadi juara dengan lukisan tahap dewa dan cerita yang sangat menarik. Kali ini, isunya lebih berat tetapi dapat dipersembahkan dengan baik oleh pelukisnya. Drama keluarga dengan latar kehidupan semasa zaman negara kita di jajah dahulu. Cerita dan penyampaian emosi yang sangat baik. Siap ada cameo pelakon lagenda! Hebat.

Baca komik di sini.

Ayam dan Kancil | Pelukis: Bali

Gaya lukisan yang sangat cantik dan kemas! Lagi best adalah bagaimana cerita yang agak lengkap ini dimuatkan dalam 10 mukasurat saja. Hebat. Bila membaca komik ini rasa macam sedang melihat storyboard filem animasi jugak. Permainan perspektif yang menarik dan lukisan aksi yang bersahaja. Ceritanya tidak berat dan sangat mudah difahami. Best!

Baca komik di sini.

Adiwira Kota | Penulis / Pelukis: Ben Osman / Huzza.tbg

Minta izin untuk fangirling sebentar. Ben dan Huza!!!! Masa nampak komik ini dikongsikan di facebook, yaa ampun.. rasa nak berteriak gembira! Haha. Penulis dan pelukis ini aku sangat minat sebab memang karya diorang sebelum ini pun sentiasa mencuri hati. Okay, tak nak komen banyak sebab akan berat sebelah. K bai.

Baca komik di sini.

Hero Hujung Minggu | Penulis / Pelukis: Amna Shark / Pyromania

Tahun lepas pun mereka bersama untuk sertai CKOM, tahun ini pun bersama juga. Gaya ukisan tu memang tersendiri dan sangat comel, kena dengan ceritanya. Jalan ceritanya mudah saja dengan sedikit rasa misteri. Tapi bila sampai hujung tu, entah kenapa, menimbulkan rasa “Awwwww~”. Komik ini penuh rasa comel walaupun dalam tema hero.

Baca komik di sini.

Jiwa | Penulis / Pelukis: Imar / Nazr Syaff

Cerita penuh patriotik dan heroic ini disampaikan dari perspektif  ahli sukan yang mewakili negara. Sangat bagus dan lain dari yang lain. Perkembangan cerita yang baik dan permainan rasa berjaya disampaikan melalui komik ini. Lukisannya masih boleh diperbaiki lagi supaya setanding ceritanya. Nanti bila dah dapat melukis lebih bagus, mesti karya korang akan jadi kebabooom! Teruskan berkarya tahu. Nak tengok lagi.

Baca komik di sini.

Hero | Pelukis: A’amir Raffiq & Nazr Syaff

Ceritanya macam selalu kita lihat, tetapi aku terkesan dengan plot twist dipenghujungnya dan mesej yang ingin disampaikan. Padu betul dengan isu terkini begitu. Sentap.

Baca komik di sini.

Shhh! Jangan Tegur | Penulis / Pelukis: Curly Fries & French Fries

Okay, komik ini memang lain. Penyampaian yang sangat serius, mendalam dan ada maksud tersirat. Gambaran tentang sikap manusia ditampilkan dengan cukup baik melalui komik ini. Tahap lukisan masih boleh dipertingkatkan, tapi aku puji pada mesej cerita yang sinis tu. Mungkin kalau kawal dan belajar penggunaan toning tu, komik ini akan jadi lebih kemas.

Baca komik di sini.

Yang Tiada | Pelukis: Pyromania

Cerita ni pun dah biasa dilihat, malah ada juga beberapa komik lain di dalam CKOM2016 menggunakan kisah lebih kurang. Tetapi, komik ini beri sedikit rasa dan kesan ketika plot twist dihujungnya. Lukisan masih boleh dipertingkatkan dan cubalah penuhkan panel dengan lukisan latar atau toning yang lebih pelbagai. Gaya lukisan dengan garisan nipis tu buat komik ini nampak kosong.

Baca komik di sini.

Cerita Untuk Masa Depan | Penulis / Pelukis: Prince of Noob | Deaday

Ini komik terakhir di dalam CKOM2016. Aku punyalah serus mengikuti perkembangan cerita dia dari mula, tapi bila sampai panel hujung tu… Bahahahaha! Lawak weh. Lawak, tapi mesej tu sangat bijak dan jelas. Rasa nak cetak dan edarkan di taman KLCC tu.

Baca komik di sini.

Sembang:

Gembira sungguh melihat peningkatan dari jumlah penyertaan, terutamanya dari pelukis-pelukis muda! Waahh… cemburu tau, kalau masa zaman aku dulu ada benda macam ni, mesti best dapat turut serta. Jangan fikir kalah atau menang, yang penting join dan perbaiki lagi lukisan dari masa ke semasa. Aku pun ini kali ketiga join, pun masih rasa takde peluang nak menang. Haihh~ CKOM platform yang bagus dan au harap dapat diteruskan sampai bila-bila.

Mungkin, CKOM perlu wujudkan kategori untuk tahun seterusnya. Kali ni ada nampak goyang sedikit bila pelukis-pelukis baru perlu bertanding dengan pelukis pro. Mereka ni perlu dinilai pada tahap yang sama. Apa-apa pun semangat tu penting! Yang baru tak takut untuk duduk satu arena dengan pro. Yang pro pun memang tak beragak! Haha.

Hey, ada mata-mata melihat lukisan korang, itu lagi utama tau! Selagi tak cuba, mana nak tahu potensi diri, kan? Jangan putus asa, terus dan terus dan terus melukis komik!

Aku ada nampak trend baru dalam CKOM2016 ni iaitu trend kerjasama penulis dan pelukis. Ini perkembangan cara kerja yang sangat bagus sebab peukis mula membuka ruang untuk berkolaborasi dan menghasilkan komik yang lebih berkualiti. Selain tu, kenapa banyak cerita pasal kucing? Hmm..

Letih betul bila nak habiskan kesemua penyertaan kali ni! Nasib baik silent comic, jadi takdelah nak menghadam cerita tu beriya sangat. Fuhh~ Harap juri-juri pun tabahlah.

Keyword: Cabaran Komik Online, Cabaran Komik Online Malaysia 2016, pertandingan komik, Mat Komik, komik malaysia, my hero, silent comic, hero, paradecomix

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s