Filem-filem MENARIK 2017!

SEMBANG WAYANG: 30+ Filem Yang Dinantikan Untuk Tahun 2017!

filem2017

2017 bakal menjengah tidak lama saja lagi! Tahun ini juga sudah banyak filem-filem hebat dan untuk rekod, aku berjaya menonton lebih kurang 50 filem dalam dan luar negara! Sekarang termenung melihat betapa keringnya dompet seperti Gurun Sahara nun. Tetapi, kerana itulah perlu kerja keras untuk menonton deretan filem yang tak kalah hebatnya tahun depan. Yosh!

Kali ini, aku akan kongsikan 30+ filem menarik yang harus ditonton. 30 filem pilihan aku ni berdasarkan hype dan popularitinya sebelum ditayangkan. Best ataupun tidak, kita tunggu sajalah tahun depan ye. Aku susun mengikut tarikh tayangan Malaysia – tertakluk kepada sebarang perubahan.

Split | Tarikh tayangan: 19 Januari 2017

Pelakon: James McAvoy, Anya Taylor-Joy, Jessica Sula, Haley Lu Richardson, Betty Buckley

Sinopsis:

Kevin, seorang lelaki dengan 23 persona yang berlainan telah menculik tiga orang gadis. Sewaktu di dalam tahanan Kevin, mereka mula berhadapan dengan pelbagai persona pelik Kevis; termasuk persona seorang wanita korporat dan kanak-kanak 9 tahun. Keadaan menajdi semakin tegang apabila persona ke-24 Kevin mula kelihatan dengan gelaran “Beast”.

Meter heksited: MESTI TENGOK!

Tonton TRAILER di sini.

XXX: Return of Xander Cage | Tarikh tayangan: 19 Januari 2017

Pelakon: Vin Diesel, Donnie Yen, Deepika Padukone, Kris Wu, Ruby Rose, Tony Jaa

Sinopsis:

Xander Cage yang sudah lama dianggap mati tiba-tiba muncul untuk menewaskan penjahat Xiang dan mendapatkan sebuah senjata berkuasa yang dipanggil “Pandora Box”. Lalu dia merekrut beberapa ahli dan akhirnya mereka terperangkap di dalam kancah korupsi antara pemerintah dunia.

Meter heksited: IKUT MOOD KALAU NAK…

Tonton TRAILER di sini.

Resident Evil: The Final Chapter | Tarikh tayangan: 26 Januari 2017

Image result for resident evil the final chapter (2017)

Pelakon: Milla Jovovich, Ali Larter, Shawn Roberts, Ruby Rose, Eoin Macken, William Levy, Iain Glen

Sinopsis:

Mengambil tempat selepas Resident Evil: Retribution, manusia sejagat diancam bahaya apabila Alice di khianati oleh Wesker. Menjadi satu-satunya yang terselamat, Alice perlu kembali ke tampat semuanya bermula – Racoon City. Di sana, Umbrella Corporation sudah melancarkan serangan kepada mereka yang terselamat. Alice perlu bersatud dengan beberapa kawan lama untuk menentang zombi dan raksasa.

Meter heksited: MESTI TENGOK!

Tonton TRAILER di sini.

Rings | Tarikh tayangan: 9 Februari 2017

Image result for rings 2017

Pelakon: Matilda Lutz, Alex Roe, Johnny Galecki, Aimee Teegarden

Sinopsis:

Selepas 13 tahun tragedi video tape membunuh seakan reda, Julia menjadi risau apabila nyawa teman lelakinya bakal tamat selepas tujuh hari akibat menonton video tersebut. Julia berkorban demi teman lelakinya, tetapi apa yang tidak diketahui adalah perkara misteri disebalik video misteri itu.

Meter heksited: MESTI TENGOK!

Tonton TRAILER di sini.

The Space Between Us | Tarikh tayangan: 9 Februari 2017

Image result for the space between us 2017

Pelakon: Gary Oldman, Asa Butterfield, Carla Gugino, Britt Robertson

Sinopsis:

Ketika sekumpulan angkasawan menjalankan misi memulakan koloni di Marikh, salah seorang daripada mereka disahkan mengandung. Wanita itu melahirkan seorang bayi lelaki, malangnya wanita itu terkorban. Selepas 16 tahun, Gardner Elliot yang dibesarkan di Marikh bakal pulang ke Bumi dan dia mahu mencari ayah kandungnya dnegan bantuan seorang gadis, Tulsa. Keadaan tubuhnya yang tidak sesuai dengan Bumi membuatkan misinya menjadi semakin sukar dengan waktu yang semakin singkat.

Meter heksited: MESTI TENGOK!

Tonton TRAILER di sini.

The Lego Batman Movie | Tarikh tayangan: 9 Februari 2017

Related image

Pelakon: Will Arnett, Zach Galifianakis, Michael Cera, Rosario Dawson, Ralph Fiennes

Sinopsis:

Batman berjuang untuk keselamatan Gotham City dari ancaman The Joker dan belajar untuk bekerjasama dan setiakawan.

Meter heksited: LETAK DALAM CHECKLIST

Tonton TRAILER di sini.

Logan | Tarikh tayangan: 2 Mac 2017

Image result for logan 2017

Pelakon: Hugh Jackman, Patrick Stewart, Richard E. Grant, Boyd Holbrook

Sinopsis:

Selepas kejadian di dalam X-Men: Days of Future Past, Logan perlu berhadapan dengan keadaan tubuhnya yang menjadi sekin lemah dan menua kerana kebolehannya yang semakin pudar. Xavier pula perlu melindungi seorang kanak-kanak bernama Laura yang diburu kerana mempunyai kebolehan yang sama seperli Logan.

Meter heksited: MESTI TENGOK!

Tonton TRAILER di sini.

Kidnap | Tarikh tayangan: 9 Mac 2017

Image result for kidnap 2017

Pelakon: Halle Berry, Sage Correa, Lew Temple, Chris McGinn

Sinopsis:

Seorang ibu tunggal, Karla McCoy mengalami kejadian buruk apabila anak lelakinya, Frankie diculik ketika mereka sedang berada di sebuah taman permainan. Karla berusaha untuk menyelamatkan anaknya dan mengharapkan bantuan orang ramai.

Meter heksited: IKUT MOOD KALAU NAK…

Tonton TRAILER di sini.

Kong: Skull Island | Tarikh tayangan: 9 Mac 2017

Image result for kong 2017

Pelakon: Tom Hiddleston, Samuel L. Jackson, John Goodman, Brie Larson

Sinopsis:

Pada tahun 1970-an, sekumpulan pengembara dan askar mengembara ke sebuah pulau di Lautan Pasifik tanpa mengetahui bahaya yang bakal dilalui apabila bertemu Kong, raksasa yang menghuni pulau tersebut.

Meter heksited: LETAK DALAM CHECKLIST

Tonton TRAILER di sini.

Beauty and the Beast | Tarikh tayangan: 16 Mac 2017

Image result for beauty and the beast 2017

Pelakon: Emma Watson, Dan Stevens, Luke Evans, Kevin Kline, Josh Gad

Sinopsis:

Belle dikurung di dalam sebuah istana oleh seekor raksasa kerana mahu menyelamatkan Ayahnya. Walaupun di dalam ketakutan, Belle menjadi sahabat kepada pelbagai makhluk pelik di dalam istana tersebut dan mula mengenali tentang raksasa yang mengurungnya.

Meter heksited: MESTI TENGOK!

Tonton TRAILER di sini.

The Belko Experiment | Tarikh tayangan: 16 Mac 2017

Image result for the belko experiment 2017

Pelakon: John Gallagher, Jr., Tony Goldwyn, Adria Arjona, John C. McGinley

Sinopsis:

Sekumpulan pekerja dipaksa menjalani sebuah ekperimen tragis dengan mendengar arahan melalui peti suara di dalam sebuah bangunan yang terletak di Bogota, Colombia. Mereka perlu membunuh sesama sendiri untuk terus hidup ataupun akan dibunuh jika tidak bertindak.

Meter heksited: MESTI TENGOK!

Tonton TRAILER di sini.

Power Rangers | Tarikh tayangan: 23 Mac 2017

Image result for power rangers movie 2017 poster

Pelakon: Dacre Montgomery, Naomi Scott, RJ Cyler, Becky G, Ludi Lin, Bryan Cranston, Elizabeth Banks

Sinopsis:

Selepas 65 juta tahun, lima pelajar dengan masalah tersendiri tanpa sengaja menjumpai syiling kuasa dan menghidupkan semula pemburu kuasa, Rita Repulsa. Rita mahukan semua kuasa itu untuk menakluki Bumi, namun kehadiran Zordon, bekan Ranger Merah melumpuhkan agendanya. Kini, lima orang pelajar itu perlu belajar mengawal kuasa dan bekerjasama untuk menghalang Rita daripada cuba menghidupkan seekor raksasa jahat, Goldar.

Meter heksited: MESTI TENGOK!

Tonton TRAILER di sini.

The Boss Baby | Tarikh tayangan: 6 April 2017

Related image

Pelakon: Alec Baldwin, Steve Buscemi, Jimmy Kimmel, Lisa Kudrow

Sinopsis:

Tim Templeton menceritakan bagaimana dia berasa iri hati dengan kehadiran adik lelakinya yang dipanggil “Baby Boss”. Apabila mengetahui ada agenda jahat yang mahu menggunakan adik lelakinya untuk bekerjasama dengan adik lelakinya demi menyelamatkan dunia dan membuktikan kuasa sebenar kasih sayang.

Meter heksited: MESTI TENGOK!

Tonton TRAILER di sini.

Ghost in the Shell | Tarikh tayangan: 6 April 2017

Image result for ghost in the shell 2017

Pelakon: Scarlett Johansson, Pilou Asbæk, Takeshi Kitano, Juliette Binoche, Michael Pitt

Sinopsis:

Sebuah cyborg, The Major dan kumpulannya, Sector 9 merupakan penggodam dan penjenayah siber yang perlu mengalahkan penjahat dengan agenda untuk menguasai Hanka Robotic.

Meter heksited: MESTI TENGOK!

Tonton TRAILER di sini.

The Fate of the Furious | Tarikh tayangan: 13 April 2017

Image result for fate of the furious 2017

Pelakon: Vin Diesel, Dwayne Johnson, Jason Statham, Michelle Rodriguez, Tyrese Gibson

Sinopsis:

Seorang wanita misteri menggoda Dominic Toretto untuk melakuakn satu misi yang tidak dapat dielakkan. Akibatnya, Dom terpaksa mengkhianati semua sahabat baiknya dan mereka bakal berhadapa cabaran yang paling besar – kesetiaan dan kehormatan.

Meter heksited: LETAK DALAM CHECKLIST

Tonton TRAILER di sini.

Guardians of the Galaxy Vol. 2 | Tarikh tayangan: 4 Mei 2017

Image result for guardians of the galaxy 2 poster

Pelakon: Chris Pratt, Zoe Saldana, Dave Bautista, Vin Diesel, Bradley Cooper, Michael Rooker

Sinopsis:

Mengambil masa dua bulan selepas filem pertama, kumpulan ini mneruskan pengembaraan mereka disamping mengenali lebih dalam perihal keluarga Peter Quill – Starlord.

Meter heksited: MESTI TENGOK!

Tonton TRAILER di sini.

Alien: Covenant | Tarikh tayangan:  18 Mei 2017

Pelakon: Michael Fassbender, Katherine Waterston, Billy Crudup, Danny McBride, Demián Bichir

Sinopsis:

Apabila terdampar di sebuah planet misteri, krew kapal angkas Covenant mula merungkai dunia penuh bahaya yang didiami oleh sebuah “synthetic”, David – ahli yang terselamat dari tragedi yang menimpa ekspedisi Prometheus.

Meter heksited: IKUT MOOD KALAU NAK…

Tonton TRAILER di sini.

Pirates of the Caribbean: Dead Men Tell No Tales | Tarikh tayangan: 24 Mei 2017

Image result for pirates of the caribbean dead men tell no tales

Pelakon: Johnny Depp, Javier Bardem, Brenton Thwaites, Kaya Scodelario, Geoffrey Rush

Sinopsis:

Capitán Salazar yang merupakan musuh lama Captain Jack Sparrow, berusaha untuk menghapuskan semua lanun di lautan selepas terlepas dari Devil’s Triangle. Jack Sparrow perlu menjejaki Trident of Poseidon, sebuah barang antik yang boleh membuatkan pemiliknya menguasai seluruh lautan untuk mengalahkan Salazar.

Meter heksited: LETAK DALAM CHECKLIST

Tonton TRAILER di sini.

Wonder Woman | Tarikh tayangan: 1 Jun 2017

Related image

Pelakon: Gal Gadot, Chris Pine, Connie Nielsen, Robin Wright

Sinopsis:

Diana, seorang pahlawan Amazon, bertemu dengan Steven Trevor, seorang lelaki yang merupakan tentera Amerika, terdampar di tepi pantai. Mengetahui tentang Perang Dunia Pertama, Diana nekad mengikuti Steven dan mahu menamatkan peperangan itu dari terus berlaku.

Meter heksited: MESTI TENGOK!

Tonton TRAILER di sini.

The Mummy | Tarikh tayangan: 8 Jun 2017

Pelakon: Tom Cruise, Sofia Boutella, Annabelle Wallis, Jake Johnson

Sinopsis:

Seorang puteri dari zaman purba telah dihidupkan dari makamnya di sebuah padang pasir. Mempunyai kuasa luarbiasa, puteri itu mampu mendatangkan ancaman kepada manusia.

Meter heksited: LETAK DALAM CHECKLIST

Tonton TRAILER di sini.

Transformers: The Last Knight | Tarikh tayangan: 22 Jun 2017

Image result for transformers 5 poster

Pelakon: Mark Wahlberg, Stanley Tucci, Isabela Moner, Josh Duhamel, Tyrese Gibson

Sinopsis:

Tidak diketahui.

Meter heksited: LETAK DALAM CHECKLIST

Tonton TRAILER di sini.

Despicable Me 3 | Tarikh tayangan: 29 Jun 2017

Image result for despicable me 3 2017

Pelakon: Steve Carell, Kristen Wiig, Trey Parker, Miranda Cosgrove

Sinopsis:

Gru kini perlu berhadapan dengan seorang penjenayah yang obses dengan watak dari zaman 80-an, Balthazar Bratt. Lebih kecoh apabila Gru perlu bersaing dengan saudara kembarnya yang telah lama menghilang – Dru.

Meter heksited: MESTI TENGOK!

Tonton TRAILER di sini.

The Spectacular Spider-Man: Homecoming | Tarikh tayangan: 6 Julai 2017

Image result for spider man 2017 poster

Pelakon: Tom Holland, Michael Keaton, Zendaya, Donald Glover, Jacob Batalon

Sinopsis:

Selepas apa yang berlaku di dalam filem Captain America: Civil War, Peter kembali kepada kehidupan biasanya dan dengan bantuan mentornya – Tony Stark, Peter perlu mengimbangi kerjaya superheronya dengan hidupnya sebagai pelajar.

Meter heksited: MESTI TENGOK!

Tonton TRAILER di sini.

The Emoji Movie | Tarikh tayangan: 3 Ogos 2017

Image result for emoji movie 2017

Pelakon: T. J. Miller, Ilana Glazer, James Corden

Sinopsis:

Tentang emoji yang mempunyai pelbagai ekspresi, Gene yang mengembara untuk menjadi emoji yang normal.

Meter heksited: LETAK DALAM CHECKLIST

Tonton TRAILER di sini.

Annabelle 2 | Tarikh tayangan: 10 Ogos 2017

Related image

Pelakon: Stephanie Sigman, Talitha Bateman, Lulu Wilson, Philippa Coulthard, Grace Fulton

Sinopsis:

Mengisahkan tentang pembuat anak patung dan isterinya yang kehilangan anak perempuannya 20 tahun lalu. Mereka kemudian membuat keputusan untuk menjadikan rumah mereka sebagai rumah anak yatim kepada seorang biarawati. Annabelle yang dirasuk mula mengganggu penghuni rumah itu dan menghantui mereka.

Meter heksited: LETAK DALAM CHECKLIST

Tonton TRAILER di sini.

It | Tarikh tayangan: 7 September 2017

Related image

Pelakon: Bill Skarsgård, Jaeden Lieberher

Sinopsis:

Semuanya bermula dari kejadian pembunuhan seorang kanak-kanak,  George Denbrough di sebuah pekan kecil pada tahun 1988. Setahun kemudian, abang George dan sahabatnya kembali untuk menyiasat dan mencari pembunuh adiknya apabila mengetahui bahawa pembunuhan itu melibatkan entiti jahat.

Meter heksited: LETAK DALAM CHECKLIST

Tonton TRAILER di sini.

The Lego Ninjago Movie | Tarikh tayangan: 21 September 2017

Related image

Pelakon: Dave Franco, Michael Peña, Kumail Nanjiani, Zach Woods, Fred Armisen

Sinopsis:

Enam ninja muda ditugaskan untuk melindungi tempat tinggal mereka, Ninjago. Menjelang malam, mereka akan menggunakan kebolehan dan kepakaran mereka untuk menentang penjahat. Namun apabila siang cabaran yang lebih besar adalah.. menjadi pelajar sekolah.

Meter heksited: LETAK DALAM CHECKLIST

Tonton TRAILER di sini.

Kingsman: The Golden Circle | Tarikh tayangan: 5 Oktober 2017

Related image

Pelakon: Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry, Mark Strong, Pedro Pascal, Channing Tatum, Jeff Bridges

Sinopsis:

Eggsy, Merlin dan Roxy perlu ke Amerika Syarikat untuk bekerjasama dengan Statesman, sekutu Kingsman di sana selepas ibu pejabat mereka dimusnahkan oleh Poppy, penjahat yang sangat kejam dan licik.

Meter heksited: MESTI TENGOK!

Tonton TRAILER di sini.

Insidious: Chapter 4 | Tarikh tayangan: 19 Oktober 2017

Image result for insidious chapter 4 2017

Pelakon: Lin Shaye,Leigh Whannell, Angus Sampson

Sinopsis:

Tidak diketahui.

Meter heksited: MESTI TENGOK!

Tonton TRAILER di sini.

Saw: Legacy | Tarikh tayangan: 26 Oktober 2017

Image result for saw legacy 2017

Pelakon: Tobin Bell

Sinopsis:

Tidak diketahui.

Meter heksited: IKUT MOOD KALAU NAK…

Tonton TRAILER di sini.

Thor: Ragnarok | Tarikh tayangan: 2 November 2017

Image result for thor 2017

Pelakon: Chris Hemsworth, Tom Hiddleston, Idris Elba, Anthony Hopkins, Cate Blanchett, Tessa Thompson, Mark Ruffalo

Sinopsis:

Tidak diketahui.

Meter heksited: MESTI TENGOK!

Tonton TRAILER di sini.

Justice League | Tarikh tayangan: 16 November 2017

Image result for justice league 2017

Pelakon: Ben Affleck, Henry Cavill, Amy Adams, Gal Gadot, Jason Momoa, Ezra Miller, Ray Fisher

Sinopsis:

Beberapa bulan selepas insiden dari filem Batman v Superman, terinspirasi daripada pengerbanan Superman, Bruce Wayne dan Diana Prince merekrut beberapa metahuman untuk menghadapi ancaman daripada Steppenwolf dan juga Parademons yang mempunyai misi mencari Mother Boxes di Bumi.

Meter heksited: MESTI TENGOK!

Tonton TRAILER di sini.

Coco | Tarikh tayangan: 21 November 2017

Related image

Pelakon: Anthony Gonzalez, Gael García Bernal, Benjamin Bratt, Renée Victor

Sinopsis:

Mengikuti kisah seorang kanak-kanak bernama Miguel yang menajdi punca kepada beberapa kejadian yang membawa kepada kisah dahulu kala dan penyatuan keluarga luarbiasa.

Meter heksited: MESTI TENGOK!

Tonton TRAILER di sini.

Star Wars: Episode VIII | Tarikh tayangan: 14 Disember 2017

Image result for star wars episode 8 2017

Pelakon: Mark Hamill, Carrie Fisher, Adam Driver, Daisy Ridley, John Boyega, Oscar Isaac, Lupita Nyong’o

Sinopsis:

Mengikuti kisahnya selepas Star Wars: The Force Awakens, Rey menyambung pengembaraannya bersama Finn, Poe dan Luke Skywalker dengan kisah dan cabaran baru.

Meter heksited: MESTI TENGOK!

Tonton TRAILER di sini.

Jumanji | Tarikh tayangan: 21 Disember 2017

Image result for jumanji 2017

Pelakon: Dwayne Johnson, Kevin Hart, Jack Black, Karen Gillan, Nick Jonas

Sinopsis:

Di dalam pengembaraan baru ini, beberapa orang remaja disedut masuk ke dalam dunia Jumanji. Untuk kekal hidup, mereka menjadi karekter di dalam permainan itu – pengembara yang berani, si bijak yang kecil, profesor nerd dan pahlawan Amazon.

Meter heksited: LETAK DALAM CHECKLIST

Tonton TRAILER di sini.

Pitch Perfect 3 | Tarikh tayangan: 21 Disember 2017

Image may contain: 3 people, text

Pelakon: Anna Kendrick, Rebel Wilson, Anna Camp, Brittany Snow, Hailee Steinfeld

Sinopsis:

Tidak diketahui.

Meter heksited: MESTI TENGOK!

Tonton TRAILER di sini.

Filem-filem menarik yang lain:

Monster Trucks | Tarikh tayangan: 12 Januari 2017 | Tonton TRAILER di sini.

Smurfs: The Lost Village | Tarikh tayangan: 6 April 2017 | Tonton TRAILER di sini.

The Circle | Tarikh tayangan: 27 April 2017 | Tonton TRAILER di sini.

Diary of a Wimpy Kid: The Long Haul | Tarikh tayangan: 18 May 2017 | Tonton TRAILER di sini.

Baywatch | Tarikh tayangan: 27 May 2017 | Tonton TRAILER di sini.

Captain Underpants | Tarikh tayangan: 1 Jun 2017

Cars 3 | Tarikh tayangan: 15 Jun 2017 | Tonton TRAILER di sini.

War for the Planet of the Apes | Tarikh tayangan: 15 Jun 2017 | Tonton TRAILER di sini.

Valerian and the City of a Thousand Planets | Tarikh tayangan: 20 Julai 2017 | Tonton TRAILER di sini.

Friday the 13th | Tarikh tayangan: 12 Oktober 2017

 

Sembang tepi:

Filem-filem Malaysia mana? Kalaulah mereka suka buat teaser dan promo lebih awal dan bukan tunggu dekat tarikh tayangan baru nak keluar trailer promo segala. Haihh~ Tengoklah, kalau ada yang hype memang aku akan tengok.

Keyword: 2017 films, 2017 movies, filem 2017, menarik 2017, sembang wayang

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s