Komik SS is Life!

SEMBANG KOMIK: Komik SS is Life!

mechatempura

Salaam!
Alhamdulillah, 2017 menjadi permulaan tahun ketiga saya di dalam dunia penghasilan komik. Kalau sebagai pelukis, di dalam tempoh itu saya masih lagi sangat-sangat baru. Tetapi kalau diikutkan jiwa Barry Allen, tempoh itu sudah cukup lama untuk saya mereput di kedudukan yang sama.

Masa pun sudah mula jadi musuh. Iyalah, dulu saya boleh buat komik SS (Syok Sendiri) dengan jayanya. Projek pun boleh main terima dan buat saja. Tetapi kali ini, apabila sudah mula bergelumang dengan dunia penerbitan dan buku, terasa tamparan pancaroba dan realiti yang tidaklah aman damai sentosa seperti yang dijangka.

Salahkah buat komik SS?

Ishh.. siapa kata salah? Saya tak kata. Masa saya mula melukis komik dulu, saya sendiri ada buat komik SS. Yang pertama saya buat adalah “My 10th Ghost”. Kemudian, komik yang tak berapa SS adalah untuk CKOM 2014 – kerana ada syarat dan tema. Selepas itu saya ada hasilkan dalam sembilan komik yang boleh anda baca di sini: http://bit.ly/2j0391g

Kenapa buat komik SS?

Saya sangat ‘pemurah’ sewaktu saya bermula dulu. Saya buat banyak komik SS dengan niat untuk berkongsi disamping membina JENAMA sendiri. Macam yang saya post sebelum ini, jika simpan dan peram karya dan tidak kongsi dengan orang, tiada siapa nampak kewujudan kita.

Sebagai pelukis baru, apa yang kita perlukan adalah pendedahan. Bagaimana mahu orang tahu dan kenal bahawasanya, kita adalah pelukis komik? Melalui komiklah, sayang. Ehh. Jadi, komik SS adalah cara untuk kita buat komik mengikut nafsu dan kehendak kita. Kita juga tidak akan rasa susah dan sangsi untuk berkongsi sebab itu adalah karya yang kita MAHU hasilkan.

Tak rugi ke buat komik SS? Orang baca percuma…

Kata kunci ada dua; KONGSI dan PENDEDAHAN. Komik SS pun bukannya tak boleh dijual. Macam di CAFKL ataupun di Comic Fiesta, anda boleh jumpa ramai pelukis menjual karya mereka. Komik SS saya pun ada dijual bersama Comicore INK.

TAPI, sebelum fikir untuk jual, kena fikir siapa mahu beli. Sebab itu kita kena kongsikan dan tunjuk karya kita kepada semua orang. Jangan fikir, “Orang dah baca percuma, takkan nak beli lagi.”
Percayalah, jika sudah ada orang yang suka karya kita (a.k.a peminat), mereka tetap akan cari dan beli. Malah, kita akan buka ruang untuk orang asing jadi peminat baru.

Sampai sekarang saya masih mahu menghasilkan komik SS kerana komik SS adalah komik dengan gaya dan cerita yang saya mahu kongsi dengan semua. Namun, apabila mahu serius sebagai pelukis komik dan berkarya bersama penerbit, membuat komik SS perlu dijadikan perkara kedua. Insya-Allah, nanti saya kongsi perbezaan melukis komik SS dan komik untuk penerbit.

Seperti lukisan di atas, sebenarnya adalah idea komik SS dahulu. Tetapi, bila dapat peluang untuk melukis komik dengan genre begini, saya ketengahkan sebagai komik one-shot. Harap ‘dilepaskan’ oleh editor yang tembam itu!

Kesimpulannya, sebagai pelukis baru, jika mahu membina JENAMA dan pembaca, kongsi komik SS kita dengan semua. Mulakan sekarang kerana zaman ini, kita lambat, kita rugi.

Jangan lupa kongsi!
#tipsabangdani #dhscope #komikSS #mechatempura

[Facebook page Danial Haikal Scope]

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s