Sejauh mana anda sudah pergi?

SEMBANG KOMIK: Sejauh mana anda sudah pergi?

naruhina.jpg

Beberapa tahun dahulu, menjadi pelukis komik hanyalah sekadar angan-angan kosong saya. Waktu itu, melukis hanyalah untuk suka-suka dan saya sangat suka berkongsi lukisan saya walaupun saya sedar, hasilnya bukanlah sehebat mana.

Tetapi, apa yang saya tidak sedar, bila saya mula berkongsi lukisan, saya mula ‘mencipta’ kawan-kawan baru dikalangan pelukis amatur. Kalau ikutkan, saya sendiri tahu lukisan tu tak bagus, namun kawan-kawan ni tak pernah berhenti bagi sokongan dan galakkan. Terharu betul.

Lukisan ini adalah perubahan dari lukisan digital saya yang pertama menggunakan MS Paint. Waktu tu saya fikir memang susah nak melukis digital. Saya mula gunakan drawing tablet pun pada tahun 2014 – Wacom Bamboo. Tup-tup sekarang, saya lebih selesa menggunakan lukisan digital sepenuhnya. Belajar dan explore sendiri.

Saya mula beri fokus pada lukisan dan mula melukis komik pada tahun 2014 juga. Ya, sebelum itu saya pernah cuba melukis komik, tetapi terhenti terus. Saya tak pernah hantar lukisan atau komik kepada mana-mana penerbit pun dulu sebab saya tahu, saya belum mencapai tahap tertentu.

Apabila saya fokus dan mahu teruskan kerjaya sebagai pelukis komik, saya dilamar oleh Humaira Publications. Risau, tapi rebut saja peluang yang datang. Waktu itu pun, semuanya berjalan lancar dan alhamdulillah, Sayang Ummi dilahirkan. Bermula dari situ, pelbagai pintu terus dibuka, cuma ikut kemahuan sendiri untuk rebut atau tidak. Jangan gopoh dan tamak, mesti kena sabar.

Kerjaya pelukis komik hanya pada nasib?

Pada saya, itu sebenarnya pilihan kita. Jangan salahkan nasib hanya kerana diri sendiri tidak mampu mencapai seperti yang lain. Jika mahu lakukan sesuatu, buat dengan sepenuh hati. Hidup bukan macam highway, adakala berbonggol-bonggol juga. Tarik nafas dan jalan terus. Kekalkan nawaitu dan matlamat, paling pendek 3-5 tahun, paling lama 10 tahun. Tiada jalan singkat untuk berevolusi macam Digi-volve Digital Monster tu. Kena kuat semangat dan sentiasa tabah.

Kita boleh berjaya di dalam apa sahaja yang kita buat. Janji, kena SABAR, FOKUS dan NEKAD. Hari ini anda seorang kerani, tak semestinya sampai bila-bila jadi kerani. Hari ini saya seorang pelukis komik, tak semestinya sampai bila-bila menjadi pelukis komik. Kerjaya saya sebelum ini pun sangat berbeza dunianya. Oleh itu, dunia berubah, jalan hidup kita berubah, keputusan juga boleh berubah. Inikan hidup kita. Jika bukan kita yang pilih jalannya, takkan nak harap orang lain sentiasa?

Kepada pelukis muda, jika minat melukis, teruskan usaha. Jika masih risau, teruskan juga walaupun sebagai hobi. Mana tahu, suatu hari nanti skil melukis itu berguna walaupun anda di dalam bidang yang lain. Ingat, buat apa kerja sekalipun, kena buat dengan sepenuh hati! Berusahalah~

Jangan lupa kongsi!
#tipabangdani #ceritadani #dhscope #fanart

[Facebook page Danial Haikal Scope]

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s