Karya kita untuk siapa?

SEMBANG KOMIK: Bila kita rasa kita sudah hasilkan yang terbaik

motto

Karya kita untuk siapa?

Satu perkara yang saya sentiasa ingatkan diri sendiri – jangan buat sesuatu perkara hanya untuk mendapat perhatian daripada orang lain. Buat untuk kepuasan dan kehendak diri sendiri. Buat apa yang kita mahu dan suka, bukan untuk orang lain. Sebabnya, bila kita buat untuk diri sendiri, kita tidak akan kisah dengan penolakan yang kita akan terima nanti.

Sebenarnya, perhatian yang kita dapat, tak kiralah pujian, ‘likes’ ataupun kecaman bergantung kepada apa yang kita hasilkan. Jika kita buat sesuatu yang baik, pasti karya kita akan diterima dengan positif, begitu juga sebaliknya.

“Saya dah buat yang terBAIK, tetapi masih tidak dapat perhatian!”

Terbaik itu untuk siapa? Jika bagi kita karya itu sudah terbaik, jadi sepatutnya kita akan rasa puas. Tapi, jika kita sendiri rasa kurang pasti, maknanya itu bukan lagi hasil terbaik. Hakikatnya, tiada karya yang terbaik kerana meter TERBAIK hanya mengikut kehendak seseorang atau satu-satu kumpulan sahaja.

Apabila kita buat keputusan untuk kongsi karya kita kepada umum pula, adakah itu karya yang terbaik? Kongsi untuk APA? Jika jawapan lebih kepada untuk mendapatkan perhatian, ada caranya:

Perkara penting adalah; SABAR dan KONSISTEN.

Jika anda pelukis muda, teruskan berkongsi karya anda kepada umum. Jangan mudah putus asa bila karya pertama, kedua, ketiga mahupun ke lapan ratus kita tidak mendapat perhatian. Percayalah, apabila waktu berlalu dan kita buat secara berterusan, skil sudah meningkat, maka perhatian itu akan datang sendiri. Macamana sekalipun, mulakan dan teruskan. Perbetulkan niat, atas dasar apa kita hasilkan karya kita.

Kita perlukan perhatian apabila tiba waktunya kita bersedia untuk karya yang kita hasilkan menjadi kerjaya atau bisnes. Waktu itulah kita menitikberatkan hal perhatian untuk perkembangan dan pendapatan. Perhatian yang kita perlukan adalah untuk orang membeli karya kita dan bonusnya, mencipta pengikut yang setia.

Kesimpulannya, tak perlu rasa risau dan cemburu bila melihat orang lain mendapat perhatian jika kita sedar apa yang dilakukan itu hanya mengejar ‘likes’ semata-mata. Ada 7++ bilion manusia di atas muka Bumi ini, teruskan usaha untuk hasilkan karya yang cukup untuk buat kita rasa PUAS sebelum dapat cekup ‘hati’ manusia lain.

Jangan lupa share!
#tipabangdani #dhscope #terbaik

[Facebook page Danial Haikal Scope]

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s