SEMBANG WAYANG: Logan

logan

Beberapa tahun telah berlalu semenjak kejadian tragis yang mengorbankan ratusan mutan di Winchester. Logan kini menjalani kehidupan di bawah radar dan sedang melindungi mutan terulung, Professor X daripada ancaman. Semuanya berjalan seperti dirancangkan, namun kehadiran seorang gadis misteri menjadikan semuanya berantakan kerana bersama gadis itu, ada ancaman yang lebih besar sedang menghampiri mereka.

Tajuk: Logan: The Wolverine

Klasifikasi: 18 tahun ke atas

Edaran: 20th Century Fox

Genre: Aksi, Pengembaraan

Pengarah: James Mangold

Bahasa: English

Tayangan Malaysia: 02 March 2017

Tempoh: 2 jam 15 minit

Pelakon: Hugh Jackman, Patrick Stewart, Dafne Keen

Panggung Wayang: GSC Mid Valley, Kuala Lumpur

Sembang:

Pertama sekali, aku boleh katakan “Logan” adalah filem superhero X-Men terbaik setakat ini! Setelah hampir tiga bulan aku ‘berpuasa’ daripada mengunjungi pawagam, ternyata Logan memberikan pembukaan yang sangat-sangat memuaskan. Filem ke-10 di dalam francais sinematik X-Men juga filem penamat kepada trilogi “The Wolverine” ini membawakan tema yang lebih personal dan ‘dark’ kepada watak Wolverine dan dunia mutan-X.

Logan tidak menampilkan ramai peneraju untuk filemnya, tapi boleh dikatakan semuanya cukup rasa. Lakonan Hugh Jackman sebagai Logan memang terbaik kerana watak itu sudahpun menjadi personanya di dalam industri ini. Kalau korang bayang real life Wolverine, Jackman adalah orangnya. Lakonannya untuk filem ini sangat memberangsangkan sebagai mutan yang kini sudah mula kehilangan kebolehan yang pernah dimilikinya. Masih, dengan kehadiran X-24, korang rasa macam dilakonkan oleh orang lain. Hebat! Patrick Stewart sebagai Professor X membawakan karekter yang sangat rapuh dan penuh penyesalan. And WOW, pelakon muda yang membawakan watak Laura/X-23, Dafne Keen! Tabik spring dekat kau , dik! Aku tertarik untuk menonton filem ini pun sebab kewujudan watak dia dan memang langsung tidak mengecewakan. Innocent, mysterious, fragile.. and yet, bila dia beraksi, padu weh! Haha.

Okay, untuk mereka yang bukan peminat filem superhero mungkin beranggapan filem ini penuh aksi dari mula sehingga akhir. Sesungguhnya, Logan lebih kepada penceritaan dan aksinya tidak banyak. TAPI, bila babak aksi muncul, korang akan teruja habis! Permulaan kisahnya agak perlahan dan apabila ceritanya mula berkembang, pace mula menjadi pantas sehingga penghujungnya. Filem ini plotnya agak straightforward dan skalanya kecil berbanding filem-filem sebelumnya. Ada perkara yang tidak disampaikan secara terus, jadi korang perlu beri perhatian kepada apa sahaja yang berlaku.

X-Men tidak asing dengan tema kekeluargaan dan Logan memberikan gambaran paling dekat dan emosional untuk tema itu. Ada beberapa babak sentapp jiwa… Humor gaya Logan pun memang banyak, jadi semuanya agak seimbang. Oh, ada satu ketika aku rasa storyline tu macam tak perlu dan draggy, tetapi akhirnya membawa kepada perkembangan plot. Jadi, aku fahamah kenapa.

Visual effects tidak banyak digunakan, tetapi ada. Kali ini, aku rasa puas sebab Wolverine beraksi sebagai Wolverine! Efek darah itu memang menambahkan rasa lebih kepada persembahan Logan.

Keseluruhannya, Logan adalah filem yang bagus dengan pelbagai rasa. Skopnya yang kecil, pendekatan yang personal dan lakonan yang mantap membuatkannya sangat berbaloi untuk ditonton. Malah, sebagai filem terakhir Wolverine, Logan menjadi penutup yang baik juga pembukaan kepada dunia baharu X-Men. Recommended!

Sembang tepi:

Entah kenapa ada vibe “The Last of Us” dalam filem ini. Adik aku tak berhenti kata “Eh, macam Joel, macam Ellie…” dan aku pun setuju.

POPKON:

popkonX5

TAHAP TONTON:

TEPUK TANGAN SAMBIL KELUAR PANGGUNG.

Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!

Keyword: #Logan, Logan, Logan: The Wolverine review, Logan: The Wolverine movie, sembang wayang, movie review, Logan: The Wolverine 2017, Logan: The Wolverine filem, filem 2017, review bahasa melayu, bahasa malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s