Komik Kita, Wajah Kita

SEMBANG KOMIK: Kalau bukan kita yang buat, siapa lagi?

bunian

Lukisan: Fan art untuk komik “Bunian” oleh Ijat & N.a.N

Pernah tak berlaku, bila kita cuba untuk ketengahkan sesetengah komik, akan ada beberapa pendapat yang mengatakan komik kita “Terlalu ‘manga’ ‘la…” atau “Ish, ‘jepun’ sangat ni.” Kalaupun bukan pada karya kita, mungkin pada karya kawan-kawan kita yang lain. Kenapa wujud golongan begini yang masih mahu memberi pengkelasan kepada karya kita?

Acapkali juga saya terdengar keluhan pelukis muda apabila karya mereka dikatakan ‘terlalu jepun’. Malah, jika mereka menggunakan gaya lukisan ‘manga’, mereka masih rasa sukar untuk diterima oleh umum.

Salahkah saya menggunakan gaya lukisan ala manga?

Langsung tiada kesalah kerana gaya lukisan yang dipilih adalah berdasarkan trend yang mempengaruhi pada zaman kita. Mereka yang lahir pada awal 80-an dan hujungnya juga mempunyai pengaruh gaya lukisan yang berbeza. Ini kerana pada zaman itu, komik Hong Kong menguasai pasaran di sini dan pada waktu yang sama, komik Jepun mula bertapak.

Jadi, jika anda pelukis muda zaman ini, mungkin komik Jepun dan Korea akan memberikan pengaruh utama. Jika mahu tampil berbeza dan ada identiti tersendiri, perubahan itu akan berlaku apabila anda semakin mendalami dunia komik Malaysia. Tidak perlu risau, kerana apa yang penting, anda SELESA dengan gaya lukisan yang mahu diketengahkan. Yosh!

Mengapa perlu lukis gaya Malaysia?

Stroke lukisan ini sangat subjektif. Apa yang dikatakan lukisan gaya Malaysia, tetap juga mempunyai pengaruh komik sketsa dari US. Bagi saya, gaya lukisan apa pun bukan perkara utama, TETAPI penerapan budaya di dalam komik – itu yang perlu ada gaya Malaysia.

Ketika saya membaca komik daripada Jepun, Korea malah US sekalipun, ada satu perkara yang membuatkan saya sentiasa kagum – bagaimana mereka berjaya menerapkan elemen budaya, sejarah dan tradisi di dalam karya mereka.

Contoh terdekat, pernah menonton filem animasi sensasi “Kimi no Na wa” a.k.a “Your Name”? Filem ini dipuji kerana keunikan konsep dan jalan cerita begitu juga plot twist-nya. Namun, satu lagi elemen yang menjadi perhatian saya adalah penerapan sebuah upacara tradisi iaitu ‘kuchikami-sake’. Filem ini sangat ‘fresh’ dari segi cerita dan temanya, tetapi sejauh mana moden pembawakannya, elemen budaya dan sejarah tetap ada. Kagum betul! Lagi contoh, Naruto – dengan pemodenan Ninja, Bleach – penerapan seni Kendo.

Hakikatnya, kita boleh gunakan apa saja gaya lukisan yang kita mahu dan jika perlu, kita juga boleh ubah mengikut citarasa dan keperluan. CUMA, perlu kita ingat, komik juga adalah antara karya yang mencerminkan perkembangan budaya negara. Penerapan budaya dan gaya Malaysia ni bukanlah WAJIB, kerana untuk menghasilkan cerita begitu pun, kita perlu ada asas dan fakta yang tepat.

Karya sebegini sebenarnya wujud di Malaysia, malangnya kurang mendapat perhatian. Mungkin apa yang diperlukan adalah pemodenan pada konsep dan penyampaiannya. Ya, ini satu usaha yang sangat perlu untuk membawa budaya dan sejarah kita kepada dunia. Mari kita mulakan!

Bagaimana?

Mulakan dengan melukis pelajar dengan uniform sekolah kita, menggunakan rekaan bangunan sekolah kita ataupun mewujudkan watak dengan pelbagai bangsa sebagai watak utama. Kalau bukan kita yang mulakan, siapa lagi, kan?

Jangan lupa kongsi!
#tipabangdani #dhscope #danialHaikal #komikkita

[Facebook page Danial Haikal Scope]

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s