Penemuan beberapa keping syiling dengan kuasa ajaib telah menyebabkan lima orang remaja terlibat di dalam kancah perebutan kristal kuasa yang boleh mengancam dunia! Mereka perlu mencari keserasian antara mereka supaya dapat bekerjasama menentang pejuang yang berpaling tadah, Rita Repulsa dengan bantuan Alpha 5 dan pejuang terdahulu, Zordon.
Tajuk: Power Rangers
Klasifikasi: PG13
Edaran: Lionsgate, TGVP (Malaysia)
Genre: Aksi, Sains Fiksyen
Pengarah: Dean Israelite
Bahasa: English
Tayangan Malaysia: 23 Mac 2017
Tempoh: 2 jam 05 minit
Pelakon: Dacre Montgomery, Becky Gomez, Ludi Lin, Naomi Scott, RJ Cyler, Elizabeth Banks
Panggung Wayang: GSC Mid Valley, Kuala Lumpur
Sembang:
Ah, rindu betul dengan Power Rangers! Sebagai peminat barisan terawal francais Power Rangers ini, remake kepada siri TV yang menjadi kegilaan zaman kanak-kanak ini pasti dinantikan semua. Power Rangers yang bermula pada Ogos 1993, asalnya merupakan adaptasi dari siri TV Jepun “Super Sentai” kini sudahpun mencapai lebih 20 musim dengan pelbaga tajuk berlainan. Tahun ini, filem ketiga mereka tampil lebih segar dengan konsep yang lebih matang berbanding siri TV-nya!
Aku memang teruja habis nak menonton filem ni sejak trailernya dah mula tersebar dulu. Sebagai peminat Blue Ranger yang setia, kehadiran filem dengan nafas baharu ini sangat menyeronokkan! Okay, aku pasti akan ada pendapat yang bercampur-baur untuk filem ini – ada yang suka dan ada yang tidak. Tapi bagi aku, jika nak dibandingkan dengan dua filem terawalnya dahulu, filem kali ini lebih mudah diterima akal remaja-dewasa. Sebelum melangkah masuk, aku sendiri tak letak expectation tinggi sebab korang tahulah kan, filem adaptasi US dari cerita Jepun kebanyakannya menyakitkan jiwa. Lagipun, menonton siri TV nya pun ada rasa cheezy an keanak-anakan. Namun, bukan untuk filem Power Rangers ini.
Barisan pelakon-pelakon baru! Aku paling suka bila keadaan begini di dalam filem yang membuatkannya kelihatan segar. Lagi-lagi lakonan yang boleh dikatakan berkesan dan masih kekal dengan ‘keremajaan’ yang ingin ditampilkan. Antara mereka berlima, watak Kimberly paling awal mencuri perhatian aku. Selain itu, Elizabeth Banks sebagai Rita Repulsa pun boleh tahan. Ada yang tak berapa ‘masyuk’ dengan lakonan Banks, tapi bagi aku, bila selesai menonton keseluruhan filem, aku faham kenapa lakonan dia begitu.
Phase cerita yang sederhana. Seperti biasa, aku anggap ini seperti filem pegenalan. Jadi keseluruhan filem Power Rangers lebih kepada penceritaan latar belakang dan fokus kepada setiap watak. Tidak banyak aksi mendebarkan. Ada humor tapi tak keterlaluan. In fact, Blue Ranger sangat memberi impak kepada filem ini dengan karekternya. Masih tak boleh lari, ada juga beberapa babak yang agak cheezy seperti siri TVnya juga. Erghh, bab itu aku paling tak suka. Nasib baik tak banyak. Haha.
Memang banyak special effects terutamanya CGI di dalam filem ini. Namun, ada beberapa ketika aku dapat tengok CGI nya tak berapa menjadi. Aku suka dengan skor muzik filem ini. Sangat memberikan mood. Lagi-lagi bila keluar lagu “Go, go Pawe Lenjes!”. Tepuk tangan sekejap.
Keseluruhannya, ini filem yang menyeronokkan. Mereka cuba me-logik-kan apa sebenarnya yang berlaku di dalam dunia Power Rangers dengan penambahan details dan background story. Ada gabungan dari beberapa siri Power Ranngers macam siri “Mighty Morphin'” dan “Zeo”. Aku pun boleh kata mahu menonton filem seterusnya. Dengar cerita ada lagi enam filem di dalam perancangan. Konfiden baq hang!
POPKON:
TAHAP TONTON:
TEPUK TANGAN SAMBIL KELUAR PANGGUNG.
Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!
Keyword: #PowerRangers, Power Rangers, Power Rangers, Power Rangers movie, sembang wayang, movie review, Power Rangers 2017, Power Rangers filem, filem 2017, review bahasa melayu, bahasa malaysia