SEMBANG WAYANG: Ghost in the Shell

ghostshell

Mengambil tempat pada tahun 2029, manusia kini mempunyai pilihan untuk menggunakan peralatan sibernatik sebagai alat ganti pada tubuh mereka. Berlainan pula dengan Major kerana dia adalah robot dengan otak daripada manusia, embuatkan dia boleh berfikir seperti manusia biasa. Mengetuai Pasukan Keselamatan Section 9, Major berhadapan dengan ancaman baharu iaitu kehadiran sorang penggodam hebat, Kuze dan mula mempersoalkan punca kewujudan dan siapa dirinya yang sebenar.

Tajuk: Ghost in the Shell

Klasifikasi: PG13

Edaran: United International Pictures

Genre: Aksi, Sains Fiksyen, Drama

Pengarah: Rupert Sanders

Bahasa: English

Tayangan Malaysia: 30 Mac 2017

Tempoh: 1 jam 46 minit

Pelakon: Scarlett Johansson, Pilou Asbæk, Takeshi Kitano

Panggung Wayang: GSC Mid Valley, Kuala Lumpur

Sembang:

Aku tak pernah menonton filem animasi asal (anime) “Ghost in the Shell” ni. Maka, ini adalah review seorang insan yang bersih dari noda untuk bandingkan karya asal dan filem adaptasinya. Pernah tahu tentang anime ni, tapi sebab dulu aku tak minat cerita mecha – ya, aku ingat cerita dia macam Neon Genesis Evangelion – jadi bukan pilihan la. Apa yang boleh aku katakan untuk filem ini, secara konsep, memang sangat menarik dan persembahan visualnya memang mantap.

Lakonan Scarlett Johanson sebagai Major/Motoko boleh tahan, tapi bukanlah lakonan terbaik beliau. Aku boleh bayang pelakon lain mengisi tempat itu sebab watak utamanya agak tipikal – seperti Katniss. Watak lakonan pelakon hebat Jepun, ‘Beat’ Takeshi Kitano sebagai Aramaki membawa aku kembali kepada filem “Battle Royal”. Memang sama. Watak penjahat yang menarik, tapi akhirnya jadi anti-klimaks dengan pendedahannya. Adalah beberapa watak support yang lain. Tapi, hampanya, mereka tak diketengahkan dan kebolehan mereka tak ditampilkan sepenuhnya. Hmm..

Mungkin sebab terlalu pentingkan bahagian visual sampai lupa pada jalan cerita? Hmm.. Satu kemungkinan, filem Ghost in the Shell versi ini mengambil beberapa point dari karya asal dan tidak cuba menerapkan sesuatu elemen supaya ceritanya jadi ‘segar’ untuk tatapan masa kini. Aku pernah terbaca rungutan peminat karya asal apabila filem ini dikatakan legasi filem MATRIX zaman ini – yang sebenarnya Matrix banyak mengambil idea dan konsep dari anime Ghost in the Shell. Entahlah, ceritanya agak hambar, bosan dan tidak membuatkan aku untuk kekal menonton. Paling teruk, aku paksa diri untuk hiburkan hati dengan persembahan visualnya.

Betul, persembahan visual yang sangat menarik dan sudah tentu baaanyaaakk CGI dalam ni. Tapi konsep masa depan yang ditampilkan dan pertembungan budaya (Jepun=China?) yang walaupun nampak pelik, menjadi bagi aku.

Keseluruhannya, walaupun agak kecewa dengan ceritanya yang hambar, aku bagi peluang pada Ghost in the Shell dari aspek teknikal dan visual. Kalau korang peminat karya asal, mungkin suka atau benci, aku tak pasti. Tapi sebagai penonton filem ini sahaja, kelemahan filem ini adalah pada jalan ceritanya yang terlalu biasa dan boleh predictable.

POPKON:

popkonX3.5

TAHAP TONTON:

BOLEH LAYAN LA.

Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!

Keyword: #GhostintheShell, Ghost in the Shell, Ghost in the Shell movie, sembang wayang, movie review, Ghost in the Shell 2017, Ghost in the Shell filem, filem 2017, review bahasa melayu, bahasa malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s