Kehidupan Tim sebelum ini sangat bahagia sebagai anak tunggal kepada ibu dan bapanya. Namun, suatu hari, kehadiran seorang bayi yang lengkap berpakaian sut mula menjadikan Tim tidak senang hati. Bayi ini mula merancang sesuatu dan Tim perlu membongkarkan rahsia ini kepada ibu dan bapanya. Tanpa disangka, sesuatu berlaku dan mereka pula perlu bekerjasama untuk menyelamatkan orang tua mereka!
Tajuk: The Boss Baby
Klasifikasi: PG13
Edaran: 2oth Century Fox
Genre: Animasi 3D, Komedi
Pengarah: Tom McGrath
Bahasa: English
Tayangan Malaysia: 30 Mac 2017
Tempoh: 1 jam 37 minit
Pelakon: Alec Baldwin, Steve Buscemi, Jimmy Kimmel, Lisa Kudrow, Patton Oswalt, Miles Bakshi
Panggung Wayang: GSC Mid Valley, Kuala Lumpur
Sembang:
It’s a movie about BABY korang! Wutt wutttt~ “The Boss Baby” merupakan sebuah filem adaptasi dari sebuah buku ilustrasi kanak-kanak dengan tajuk yang sama pada tahun 2010 oleh Marla Frazee. Oleh kerana sambutan yang mengalakkan terhadap buku tersebut yang menjadi jenaka untuk menakutkan mereka yang bakal mempunyai cahaya mata, maka filem ini pun dihasilkan! Tinggalkan logik fikiran di luar panggung kerana idea asal dan konsepnya pun sudah cukup gila! Haha.
Aku tak boleh lari dengan membandingkan filem ini dengan filem “Storks” sebelum ini. Tapi filem The Boss Baby tambil berbeza dengan gaya yang lebih matang. Lakonan suara baby yang sangat bersahaja oleh Alec Baldwin menjadi dan entah kenapa masuk betul dengan perwatakannya. Tidak banyak watak dia dalam filem ini kerana fokus utamanya adalah dua watak utama, Tim dan The Baby tu. Watak sampingan pun comel-comel, semua comel lah!
Pendekatan ceritanya yang agak mudah dengan phasing yang pantas. Tiada yang logik dalam ni, memang kelakar habis dialog dan interaksi mereka. Tapi aku rasa kebanyakan humornya lebih mudah difahami orang dewasa dan bukan kanak-kanak. Banyak cross reference dengan filem-filem lain dalam filem ini dan kalau korang kaki filem, setiap babak itu memang menyeronokkan!
Selain taknik 3D, ada gabungan teknik animasi 2D dalam ni dan transaksinya pun sangat best. Animasinya ada waktu nampak sangat simple dan warnanya nampak janggal, mungkin kerana mahu tampil menarik dengan kanak-kanak.
Keseluruhannya, ini filem yang menghiburkan. Aku rasa lebih sesuai untuk tontonan remaja/dewasa berbanding kanak-kanak sebab ada juga lawak dan dialog yang perlu diberi perhatian. Tapi, apa-apa pun, animasinya comel, kisah yang simple dan sangat seronok ditonton. Buat ubat hilang stress.
POPKON:
TAHAP TONTON:
BOLEH LAYAN LA.
Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!
Keyword: #TheBossBaby, The Boss Baby, The Boss Baby movie, sembang wayang, movie review, The Boss Baby 2017, The Boss Baby filem, filem 2017, review bahasa melayu, bahasa malaysia