SEMBANG WAYANG: Fast and Furious 8

ff8

Dominic Toretto didekati seorang wanita misteri ketika bulan madu bersama kekasihnya di Cuba dan mengugut dirinya untuk berpaling tadah dan melakukan beberapa tugasan berbahaya. Demi keselamatan keluarganya, Dom terpaksa menurut dan mengakibatkan kumpulan mereka mula berpecah-belah. Kehadiran musuh lama dipaksa untuk bekerjasama untuk menjejaki Dom yang kini bertindak sendirian dan menentang sahabat-sahabat yang disayanginya.

Tajuk: Fast and Furious 8: The Fate of the Furious

Klasifikasi: 18 tahun ke atas

Edaran: United International Pictures

Genre: Aksi, Jenayah

Pengarah: F. Gary Gray

Bahasa: English

Tayangan Malaysia: 13 Mac 2017

Tempoh: 2 jam 15 minit

Pelakon: Vin Diesel, Dwayne Johnson, Michelle Rodriguez, Jason Statham, Charlize Theron

Panggung Wayang: GSC Mid Valley, Kuala Lumpur

Sembang:

Kalau korang sejenis manusia yang asyik fikir; “Mana boleh macam tu, tak logik!” silalah tinggalkan pemikiran begitu di luar pintu panggung. The Rock alih torpedo macam tolak bola bowling je wehh! Filem ke-8 dari francais yang bermula sebagai siri perlumbaan kereta ini boleh dikatakan filem yang cukup segala rencahnya – dan agak terlebih keju dengan babak dan dialog cheezy itew.

Aku bukan peminat tegar francais filem Fast and Furious ni tapi aku menonton jugalah semua filemnya. Tapi bermula pada filem ke-7 dengan hype pemergian mendiang Paul Walker, aku pun mula cipta rasa minat tu. Jadi, kalau korang pun sama, maknanya kita adalah pengikut kepada jalan cerita yang lain berbanding enam filem sebelumnya.

Apapun yang berlaku, filem ini ada barisan pelakon aksi yang aku suka. Vin Diesel menjadi Viv Diesel dengan watak Dom tu. Cuma kali n rasanya watak Dom ditekan hebat sehingga meletup beberapa kali. Dwayne “Rock” Johnson paling menghiburkan! Ya ampun, aku suka gila tengok babak dia berlawan, padu habis! Semua pelakon sangat best la dalam filem ni. Suka betul!

Phase ceritanya laju dan ada beberapa babak falshback digunakan. Ada plot twist yang didedahkan pada awal cerita, korang boleh agak, tapi apa yang buat korang excited adalah menunggu apa yang akan berlaku dan bagaimana. Babak aksi tempur memang best gila! Aksi laju deras dan garang kali ini up lagi level bila berlumba dengan kapal selam… wutt wuttt! Setiap detik sangat menghiburkan dengan aksi dan humor bersahaja mereka. Penutupnya pula sangat sederhana dengan sedikit rasa sweet tu. Hampir sentapp, tapi tak macam filem ke-7.

Okay, skor musik pun best juga bila digandingkan dengan teknik sinematografi yang sentiasa ‘luas’. Ada CGI digunakan, yelah nak kurangkan kos supaya lebih banyak kereta boleh diletakkan dalam filem ni. Babak ‘kereta zombie’ paling seronok.

Keseluruhannya, filem yang sangat berbaloi untuk ditonton. Untuk pengikut baru seperti aku, kisah siri kali ini mungkin lebih menarik. Cerita tentang semangat “family” Dom tu walaupun agak cheezy, masih boleh dijadikan asas kot. Ada lagi dua filem seterusnya yang kini disambung penggambaran. Tazzabar! Babak akhir filem ni buat aku rasa nak cari kawan dan peluk ketat-ketat. Gituhh.

POPKON:

popkonX5

TAHAP TONTON:

TEPUK TANGAN SAMBIL KELUAR PANGGUNG.

Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!

Keyword: #FastandFurious8, Fast and Furious 8, The Fate of the Furious, Fast and Furious 8, Fast and Furious 8 movie, sembang wayang, movie review, Fast and Furious 8 2017, Fast and Furious 8 filem, filem 2017, review bahasa melayu, bahasa malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s