SEMBANG WAYANG: A Silent Voice

silentvoice

Apabila Shoko Nishimiya berpindah ke sebuah sekolah baharu, dia mengalami situasi yang paling ditakuti oleh kebanyakan pelajar sekolah – buli. Sebagai seorang pelajar istimewa yang tiada pendengaran, Nishimiya sering menjadi mangsa buli, terutamanya daripada Shoya Ishida. Beberapa tahun berlalu, Ishida yang kini mula mahu menebus kembali kesalahannya, bertemu Nishimiya. Namun, dia harus mengatasi berat perasaan salahnya kepada Nishimiya.

Tajuk: A Silent Vioce (聲の形 | Koe no Katachi)

Klasifikasi: PG13

Edaran: ATriNaga

Genre: Animasi 2D, Drama

Pengarah: Naoko Yamada

Bahasa: Jepun

Tayangan Malaysia: 20 April 2017

Tempoh: 2 jam 10 minit

Pelakon: Miyu Irino, Saori Hayami, Kensho Ono

Panggung Wayang: TGV Suria KLCC, Kuala Lumpur

Sembang:

Filem anime ini sudah menjadi perhatian dunia bermula dari manganya dengan tajuk yang sama. Kini di bawa ke layar perak, “Koe no Katachi” mula ditayangkan di Jepun pada 17 September 2016 dan akhirnya tiba ke Malaysia. Hype pertama filem anime ini adalah pertembungannya dengan filem “Kimi no Na Wa” (Your Name) dan saling mengejar dari segi populariti dan peminatnya yang tersendiri.

Koe no Katachi membawa kisah disebalik tema dan konsep yang menarik. Fokus utamanya adalah watak Ishida dan bagaimana dia ingin menebus kesilapan yang pernah dilakukannya dahulu. Lalu membawa kepada flashback kisahnya bersama beberapa kawan sekelas dan seorang pelajar pekak, Nishimiya. Siapa saja tak terkedu apabila mendengar suara Nishimiya, malah aku rasa bila suaranya keluar kali pertama di layar, ada nada terkejut/kagum daripada penonton. Oh, ada watak yang tak dikembangkan juga – aku sedikit terganggu sebab wataknya juga adalah antara watak utama. Hmm..

Jika ada yang mengatakan ini filem cinta, aku tak berapa setuju. Bagi aku tema persahabatan dan keinsafan lebih kuat dan cinta mereka hanyalah permainan perasaan untuk menguatkan pertalian antara watak. Keadaan Nishimiya menjadikan kisah ini ada kelainan dan lebih ‘rasa’. Mesej yang paling obvious adalah impak BULI yang berlaku bukan sahaja kepada mangsa dan keluarga, malah si pembuli itu sendiri. Ada ketika, Koe no Katachi menjadi terlalu real, sehingga menyentuh tentang sikap dan sifat manusia secara jujur.

Filem ini sangat kuat dari segi perasaannya dan realiti. Kes bunuh diri mungkin jarang kita dengar di muka akhbar, tetapi setiap tahun jumlah korban, terutamanya dari kalangan remaja semakin bertambah. Kisah konflik di dalam diri remaja ditampilkan secara terus-terang dan jika cukup garam, diri sendiri akan tercubit rasa, merasakan diri sendiri adalah antara watak-watak yang ditampilkan. Cuba cermin diri jika kita adalah Nishimiya, Ishida, Ueno, Kawai, Sahara mahupun Nagatsuka.

Ada babak humor di dalam filem ini, begitu juga cemas dan sentapp. Ada plot twist, tapi tak begitu kuat untuk buat aku kagum. Twist agak predictable dari awal dan endingnya juga sama. Dari segi penceritaan, tiada apa yang menyerlah, tetapi kekuatan lebih kepada dialog dan persembahan. Babak ‘gaduh di parking belakang hospital’ paling menjerut hatiku yang rapuh ini. Tahan sentapp sebab kerusi TGV ni tak boleh nak sorok muka!

Keseluruhannya, filem ini ada mesej dan persembahannya juga sangat bagus. Korang akan dapat lebih dari filem ini jika letak tepi bayangan kisah cinta romi dan juli ketika menonton. Dengar baik-baik, JANGAN JADI PEMBULI tau!

Sembang tepi:

Bagi aku, Kimi no Na Wa lebih menarik dari segi visual dan penceritaan, manakala Koe no Katachi pula pada dialog dan mesej. Tapi, BERHENTILAH bandingkan filem mereka kerana tema dan konsep mereka sangat berbeza. Masing-masing ada tarikan tersendiri.

POPKON:

popkonX5

TAHAP TONTON:

TEPUK TANGAN SAMBIL KELUAR PANGGUNG.

Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!

Keyword: #KoenoKatachi, #ASilentVoice, A Silent Voice, A Silent Voice movie, sembang wayang, movie review, A Silent Voice 2017, A Silent Voice filem, filem 2017, review bahasa melayu, bahasa malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s