The Guardians kini mengembara ke segenap galaksi untuk menyelesaikan misi. Mereka mula mengenali sesama sendiri tentang kisah dan peribadi ‘keluarga’ baru itu. Kemunculan seorang lelaki misteri, Ego yang mengaku sebagai ayah kepada Peter Quill (Star Lord) telah membuka pelbagai rahsia masa lampaunya. Selain diburu sekumpulan makhluk asing berwarna emas, The Guardians juga perlu merungkai misteri – siapa Ego yang sebenarnya?
Tajuk: Guardians of the Galaxy Vol.2
Klasifikasi: PG13
Edaran: Walt Disney Motion Pictures
Genre: Aksi, Pengembaraan
Pengarah: James Gunn
Bahasa: English
Tayangan Malaysia: 27 April 2017
Tempoh: 2 jam 16 minit
Pelakon: Chris Pratt, Zoe Saldana, Dave Bautista, Vin Diesel, Bradley Cooper
Panggung Wayang: GSC Mid Valley, Kuala Lumpur
Sembang:
Antara filem yang paling dinantikan tahun ini! Setelah berjaya menawan hati peminat, terutamanya peminat Marvel Cinematic Universe (MCU), kumpulan makhluk dengan personaliti dan rupa pelik ini kembali menggegarkan panggung dengan filem ke-15 MCU – “Guardians of the Galaxy Vol.2”. Sebelum menonton, aku ada baca beberapa mix review tentang filem sekuel adaptasi komik ini. Tapi aku nerd MCU, tetap akan menonton juga!
Barisan teraju utama dikembalikan dengan beberapa watak baru diperkenalkan. Semuanya memang bagus dan keserasian mereka di dalam filem ini sangat ngam habis. Paling mencuri hati, semestinya Baby Groot kita! Ya Tuhan, comel sungguh… Selain itu, watak cool tapi aku tak gemar sebelum ni menjadi watak paling best untuk filem ini adalah Yondu lakonan Michael Rooker. Walaupun fokus filem ini lebih kepada Peter, namun perkembangan dan kisah Yondu lebih menarik.
Masalah untuk filem dengan pelbagai karekter (yang banyak) ini adalah screen time dan bagaimana karekter itu digunakan di dalam cerita. Aku sedikit terkesan dengan ‘holding-back’ watak Drax, tetapi kali ini setiap kali muncul mesti terhibur. Perkenalan watak-watak baru untuk filem ini hanya untuk menambah dan menguatkan jalan cerita. Aku penasaran untuk lihat bagaimana mereka dikembangkan untuk filem seterusnya.
Phase cerita yang agak laju, penuh babak aksi dan humor! Setiap minit ada saja babak lawak yang ditonjolkan. Ini semestinya keunikan Guardians of the Galaxy, walaupun banyak aksi humor, sedikit pun tidak membosankan. Paling seronok bila babak lawak yang diselitkan ketika babak aksi. Tak kering gusi baq hang!
Filem kedua ini menampilkan cerita yang agak personal dan dekat dengan setiap watak. Apa yang ingin ditonjolkan adalah hubungan sesama mereka yang ternyata sangat berbeza personalitinya. Aku faham bila ada beberapa review yang kurang berpuas hati dengan filem sekuel ini disebabkan jalan cerita yang ditampilkan. Bagi aku, penekanannya adalah development watak dan bagaimana mereka mahu mewujudkan keserasian. Sesekali terkena tempias filem Fast and Furions 8 pula. Haha. Maka, ada juga babak cheezy dalam filem ni dan part tu, memang aku geli hati.
Seperti korang tahu, aku kalau cerita bab keluarga ni memang sentapp habis. Surprisingly, ada babak sentapp gila dan aku tak kuad untuk tahan dari sakit jiwa menahan sedih. Gituhh. Aksi, happy, sedih… As expected from Disney kan!
Skor muzik yang sangat best. 90% memang penggunaan CGI dan visula effects dan memberikan persembahan yang mengagumkan. Adalah satu dua shot yang aku boleh nampak sedikit kekurangan, tapi sikit sangat.
Keseluruhannya, filemyang sangat menyeronokkan! Paling sesuai korag tonton untuk release tension lepas kerja ke, penat ke pesta buku ke, ehh. Ceritanya mudah, ada plot twist sikit, tetapi pasti akan terhibur dengan lawak dan aksi yang ditampilkan. Sebagai peminat MCU, recommended. In before, ADA FREAKING 5 POST CREDIT SCENES! Weehu~
POPKON:
TAHAP TONTON:
TEPUK TANGAN SAMBIL KELUAR PANGGUNG.
Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!
Keyword: #GuardiansoftheGalaxy2, Guardians of the Galaxy Vol. 2, Guardians of the Galaxy Vol. 2 movie, sembang wayang, movie review, Guardians of the Galaxy Vol. 2 2017, Guardians of the Galaxy Vol. 2 filem, filem 2017, review bahasa melayu, bahasa malaysia