SEMBANG DRAMA: 13 Reasons Why

17504945_907848369317752_7533834314771864878_o

Mengisahkan tentang seorang remaja, Clay Jensen yang mula merungkai misteri kematian sahabatnya, Hannah Baker. Bermula dengan penemuan sebuah kotak berisi pita rakaman suara Hannah, Clay perlu mengikuti cerita yang didengarinya dan mengetahui kisah sebenar dan mereka yang terlibat di sebalik tindakan Hanna yang mati secara membunuh diri.

Tajuk: 13 Reasons Why (Season 1)

Klasifikasi: 18 tahun ke atas

Edaran: Netflix

Genre: Drama, Misteri

Pengarah: Brian Yorkey

Bahasa: English

Tayangan: 31 Mac 2017

Jumlah episod: 13 episod + 1 episod khas

Tempoh: 40 – 60 minit per episod

Pelakon: Dylan Minnette, Katherine Langford, Christian Navarro, Alisha Boe, Brandon Flynn, Justin Prentice

Sembang:

Drama ini merupakan adaptasi sebuah novel dengan tajuk yang sama, ditulis oleh Jay Asher dan diterbitkan pada tahun 2007. Apabila mendapat perhatian dan menjadi bestseller sehinggan tahun 2011, novel ini diangkat untuk dijadikan siri drama dengan 13 episod oleh Netflix.

Drama ini mula menjadi kontroversi apabila memaparkan realiti keadaan memperkosa dan kejadian bunuh diri. Ramai yang mempertikaikan gambaran jelas drama ini, namun dipertahankan oleh pengarah dan produksi tentang kepentingannya. Keperluan menunjjukkan realiti itu adalah kerana mereka mahu memberikan impak dan menegaskan motif dan tujuan drama itu dihasilkan. Walaupun mempuyai tema yang agak gelap, drama ini berjaya menjadi perhatian dengan respons positif daripada kebanyakan penonton.

Drama ini sangat menarik sehingga aku habiskan satu hari semata-mata untuk selesai menonton semua episod. Mengambil latar tentang pengalaman yang dilalui remaja di zaman persekolahan dengan beberapa isu-isu sensetif, mereka bijak menyusun dan menyampaikannya dengan jelas. Temanya penuh misteri dan ada konsep yang fresh dan hebat. Plotnya juga berkembang dengan bagus, lebih-lebih lagi pada perkembangan karekter dan penyampaian dialognya.

Lakonan mantap dua teraju utama Dylan Minnette sebagai Clay dan Katherine Langford sebagai Hannah sangat memberi kesan pada watak dan ceritanya. Drama ini sepenuhnya dibawa dari perspestif Clay, sebagai seorang remaja lelaki yang agak nerd dan tidak pandai bersosial. Pertemuannya dengan Hannah memberikan Clay peluang untuk mendekati gadis idamannya dan membuka ruang sosial bersama orang lain. Jelas dapat dilihat perkembangan watak dan permainan emosi Clay. Hannah pula, berjaya memberikan persona gadis cheeky dan slumber, tetapi penuh dengan misteri dan pengalaman yang hitam.

Apabila korang dibawa menjalani kisah Clay dari satu pita ke pita yang lain, korang akan dibelenggu dengan rasa ingin tahu dan penuh misteri. Setiap watak baru yang diperkenalkan akan memberikan tema dan cerita yang berbeza tetapi menjadi perkaitan di dalam isu besar drama ini. Dialognya sangat memberikan kesan, adakala penuh puitis dan menusuk hati. Kena pula dengan skor muzik yang best dan permainan warna scenery yang membantu menambah perasa.

Walaupun kisahnya serius, aku salute bagaimana mereka masih berjaya meletakkan humor ringkas dan yang paling penting nampak natural tanpa menganggu mood. Episod pilihan aku adalah Episod 7: “Tape 4, Side A” bilamana Clay mula putus harapan dan broke down sehingga menjadikan dia stress! Paling cringe pada episod akhir yang buat aku sentapp, tutup telinga dan ketuk-ketuk kepala. Keadaan yang digambarkan itu sangat real sehingga aku pun terkesan. Fuhh~

Mesej utama mereka:

  1. MEMBUNUH DIRI BUKAN PILIHAN.
  2. Setiap orang ada cerita masing-masing, tetapi tidak salah jika kita cuba untuk ambil tahu bila kita rasa mereka perlukan sokongan.
  3. Ambil masa untuk fikir dan lihat apa masa depan yang positif boleh kita lalui.
  4. Minta bantuan dan sokongan dari orang yang betul.

Keseluruhannya, drama ini sangat recommended! Cerita bagus, pelakon bagus, mesej yang berguna dan membuka mata tentang masalah, punca dan bagaimana semua itu boleh dielakkan dari berlaku. Ini bukan drama tipikal cintan cintun, tetapi kisah masalah remaja yang sepatutnya menjadi perhatian umum.

Sembang tepi:

Kot ada yang rasa drama ni macam tergantung, jangan risau weh. 13 episod untuk Season 2 sudah diumumkan. Kali ini berkisarkan tentang hidup mereka selepas peristiwa ini. Bagaimana mereka meneruskan kehidupan dan kesan kepada watak-watak lain yang berkaitan.

POPKON:

popkonX5

Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!

Keyword: #13reasonsWhy, 13 Reasons Why, G13 Reasons Why drama, sembang drama, drama review, 13 Reasons Why 2017, drama 2017, review bahasa melayu, bahasa malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s