Lautan ‘Merah Jambu’

SEMBANG KOMIK: Pengalaman di PBAKL 2017

Blinkbabes

Di dalam lukisan ini adalah empat orang gadis, penulis-penulis hebat BLINK BOOK dengan pakaian SSB. Boleh teka?
Masa PBAKL 2017 dua minggu lalu adalah kali pertama saya berada di reruai penjual/penerbit buku untuk mempromosikan karya sendiri. Pengalaman yang menarik, lagi-lagi bersama kumpulan manusia yang hebat seperti BLINK BOOK. Setiap tahun mereka akan tampil dengan tema yang berbeza, dan kali ini saya dapat turut serta sebagai warga Sekolah Sri Bangsar!
 
Berada di belakang tabir sebagai pengkarya bukan perkara baru untuk saya. Tapi kali ini auranya berbeza. Di sana, saya mempromosikan karya NOMIK RohBot, hasil usahasama saya dan penomik hebat AmanWan (official) dan Transfamous, bersama penulis hebat Amer Baki menjadi naskah sulung berkembar saya bersama BLINK BOOK. Begitu juga dengan komik Perang Robot sebagai komik sulung KOMIKAW.
 
Aura berbeza yang saya maksudkan adalah dari segi team produksi yang lebih besar, persembahan mereka dan juga kelompok pengunjung. Tahap umur dan jantina itu lebih ketara. Sebelum ini, selalunya saya berjumpa dengan kawan-kawan pelukis yang kebayakannya lelaki dan dewasa, kali ini, selain cuba menarik minat pengunjung lelaki yang lebih muda, saya juga perlu cuba ‘mencuri hati’ gadis-gadis! Ternyata, itu bukanlah tugas yang mudah.
 
Sebab itu, sejak tahun lepas, saya beri tabik spring toing toing untuk penulis lelaki di dalam BLINK BOOK. Kebolehan mereka untuk tukar gaya dan bahasa supaya berjaya menarik hati gadis-gadis, buat saya rasa cemburu. Selama bersama kumpulan ini, mereka memberikan dunia berbeza dan lebih ‘nyata’.
 
Apa yang saya belajar?
 
Sangat banyak! Malah, dari minat melukis komik saya kini dalam usaha untuk menulis pula. Jadi, jika dapat peluang, saya sarankan sesiapa saja untuk cuba duduk semeja, hidup sekampung dengan penerbit buku. Banyak perkara yang saya belajar tentang realiti indistri buku di Malaysia. Walaupun saya bukan siapa-siapa, jika ada masa saya turut serta bersama mereka semata-mata untuk tahu bagaimana mereka buat dan apa perkembangan industri.
 
Hakikatnya, jika ada peluang, rebut dan belajar. Untuk permulaan, memanglah rasa kekok. Tapi, jika mahu serius di dalam dunia buku (bukan sahaja komik), kita perlu juga tahu apa yang sedang berlaku.
 
Jujurnya, saya sendiri masih struggle untuk mendalami lautan ‘merah jambu’ ini. Tetapi bukan transisi itu yang menjadi keutamaan, pengalaman ketika melayari lautan bersama krew kapal itu lebih utama. Insya-Allah, walaupun penat sikit untuk kejar, kita buatlah sebaik mungkin. Jangan putus asa!
 
BERUSAHALAH!
#dhscope #tipabangdani #ceritadani
[Facebook page Danial Haikal Scope]
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s