SEMBANG WAYANG: Wonder Woman

wonder.png

Diana merupakan seorang puteri kepada kaum Amazon di sebuah pulau rahsia, Themyscira. Dilahirkan bersama pejuang, Diana mahu menjadi pahlawan dan akhirnya dilatih secara serius oleh pahlawan terhandal negaranya. Kehadiran seorang tentera, Steven Trevor di pulau rahsia itu membuka mata Diana tentang ancaman yang datang daripada dewa perang, Ares. Dengan semangat untuk melindungi mereka yang tidak berupaya, Diana mengikuti Steven dengan harapan untuk menghentikan perang dunia yang berlaku dengan membunuh Ares.

Tajuk: Wonder Woman – Rise of the Warrior

Klasifikasi: PG13

Edaran: Warner Bros. Pictures

Genre: Aksi, Pengembaraan, Fantasy

Pengarah: Patty Jenkins

Bahasa: English

Tayangan Malaysia: 1 Jun 2017

Tempoh: 2 jam 17 minit

Pelakon: Gal Gadot, Chris Pine, Robin Wright, Danny Huston, David Thewlis, Ewen Bremner, Said Taghmaoui, Elena Anaya, Lucy Davis, Connie Nielsen

Panggung Wayang: GSC Mid Valley, Kuala Lumpur

Sembang:

That Wonder Woman theme song! Sejak dengar dari filem Batman v Superman, masih tak boleh move on.

Wonder Woman merupakan filem superhero ke-4 di dalam dunia DCEU (DC Extended Universe). Muncul buat kali pertama di dalam filem BvS, filem ini memberikan latar belakang kisah Diana Prince, yang kini dikenali sebagai Woner Woman: Protector of the Earth. Gituhh. Surprisingly, filem ini boleh dikatakan filem pertama DCEU yang mendapat respons paling positif!

Gal Gadot sebagai Wonder Woman, walaupun pernah mendapat kecaman sebelum kemunculannya, bagi aku sangat memuaskan. Cantik, susuk nampak gagah dan lakonannya memberikan rasa pada watak Diana. Jika di dalam BvS, kita nampak bagaimana Diana yang agak profesional dan elegan, di dalam filem ini Diana tampil lebih naif dan ‘blur’ habis. Chris Pine sebagai Steven Trevor pula sangat membantu dan boleh dikatakan watak yang paling menyerlah sebagai ‘manusia biasa’. Excited melihat David Thewlis – serigala jadian pelindung Harry Potter tu la. bagi aku, watak-watak villain macam Doctor Poison tak berapa ditekankan. Mungkin sebab Ares lebih menjadi tumpuan.

Jarang ada filem yang menampilkan superhero wanita dengan kisah dan perkembangan cerita yang menarik seperti ini. Okay, kalau korang pernah menonton drama Supergirl, filem Wonder Woman ada juga tema cinta dan manusia yang lebih kurang tapi tidak begitu menonjol. Ya, temanya lebih kepada tentang manusiawi. Ada beberapa babak yang buat aku sentapp apabila mereka berbicara betapa teruknya hakikat sebenar kejahatan manusia. Terutamanya, apa yang berlaku dan kesan peperangan kepada dunia. Inilah nilai positif yang aku dapat dari filem ini – menonjolkan realiti sebenar tentang manusia.

Phasing filem agak lambat untuk jam pertama dan mula catch up selepas itu. Lambat tu kerana perkembangan watak Diana dan bagaimana dia explore dunia yang tidak pernah dikenalinya. Waktu ini, paling best babak dia di dalam mesyuarat tentera. Pergh… bila dia basuh semua lelaki dalam tu. Apabila Diana mula bertempur, babak aksi dia memang mengancam weh! Ada pula keluar lagu tema dia… abang tepuk tangan, lompat-lompat punggung.

Tabik untuk special effect dan prop filem yang sangat detail. Tone zaman perang dan dunia ketika itu dapat dirasai dan bagi feel ketika menonton. Babak slow-motion pun seronok – tapi sangat sangat sangat banyak digunakan. Nampak cool, tapi bila banyak sangat abang jadi pening. Lepas tu banyak babak zoom ini wajah cantik Diana. Lagi-lagi waktu reflect peluru – betul banyak. Nasib cantik, itu abang tak kisah. Haha. Oh, ada juga babak cheezy bila sentuh bab “cinta adalah kuasa terulung” tu. Aku like… meh.

Keseluruhannya, dengan Wonder Woman, DCEU ada tunjuk sedikit kelainan dan lebih loose. Tidak begitu serius dengan cerita dan pembawakan emosi yang berat. Bila menonton aku boleh bayang perkembangan sekuel filemnya dan teruja menanti bagaimana Wonder Woman mahu beraksi kembali disamping superhero lain.

POPKON:

popkonX5

TAHAP TONTON:

TEPUK TANGAN SAMBIL KELUAR PANGGUNG.

Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!

Keyword: #WonderWoman, Wonder Woman, Wonder Woman movie, sembang wayang, movie review, Wonder Woman 2017, Wonder Woman filem, filem 2017, review bahasa melayu, bahasa malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s