Tamak Ilmu!

SEMBANG SAJA: Tiada Ilmu yang Tidak Berguna

19221608_817316655111937_8175165240942695929_o

Jika sekarang, apa yang anda lakukan bukan apa yang anda mahu atau suka, janganlah cepat patah semangat. Ambil peluang itu untuk belajar dan ‘kenal’, sebelum buat keputusan seterusnya. Ingatlah, tiada ilmu yang tidak berguna. Apa saja yang mampu kita belajar dan pengalaman yang ada, insya-Allah, boleh kita gunakan nanti.

Saya sudah lalui beberapa fasa dengan kumpulan manusia dari bidang yang berbeza. Yang terkini, saya sedang terokai lautan ke-3 dalam tempoh umur saya yang masih lagi singkat ini. Alhamdulillah, diberikan pengalaman, rasa pahit dan manis, semua itu tersimpan dalam rekod perjalanan saya. Tapi apa yang saya bawa ketika belayar dari satu lautan ke lautan yang lain adalah ilmu yang saya kumpulkan.

Apa yang saya boleh kata, hakikatnya, tak kira apa saja bidang, semuanya lebih kurang sama. Kerana kita masih berhadapan dengan manusia, mempelajari sistem yang dicipta dan mempelajari budaya yang diamalkan. Terpulang pada kita bagaimana untuk memainkan peranan sendiri. Jika ada ilmu yang pernah kita belajar boleh digunakan, gunakanlah. Orang lain mungkin tidak buat seperti itu, tak salah pun untuk kita mulakan.

Buat saja semuanya dengan sebaik mungkin. Gunakan peluang yang ada untuk belajar dan kaut sebanyak mana ilmu yang ada. Saya paling pantang bila dengar orang merungut;

“Kenapa aku kena belajar semua benda?”

Ketuk hati. Tamak ilmu lagi bagus dari tamak harta benda sebab harta boleh habis, ilmu takkan hilang.
Wallahua’lam.

Selamat berpuasa dan salam aidilfitri.
#tipabangdani #ceritadani #dhscope

[Facebook page Danial Haikal Scope]

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s