SEMBANG DRAMA: 100 Days My Prince

K-DRAMA: 100 Days My Prince (FIRST IMPRESSION)

htm_20180822131332439639

Mengisahkan tentang seorang putera bernama Lee Yeol yang hilang ketika satu serangan untuk membunuhnya. Lee Yeol hilang ingatan dan mula menjalani kehidupan sebagai Won Deuk selama 100 hari berikutnya. Dia kemudian bertemu seorang gadis kampung; Hong Sim yang tiba-tiba menjadi isterinya kerana terpaksa.

Klasifikasi: 13 tahun ke atas

Edaran: TvN

Genre: Drama, Komedi, Cinta

Pengarah: Lee Jong Jae

Bahasa: Korea

Tayangan: Bermula 10 September 2018 (masih ditayangkan)

Jumlah episod: 15 episod

Tempoh: 60 minit per episod

Pelakon: Do Kyung Soo, Nam Ji Hyun, Kim Sun Ho, Han So Hee

Sembang:

Kerana aku Dandanie, mestilah wajib tonton drama yang sangat-sangat dinantikan kerana Kyungsoo akhirnya menjadi teraju utama di dalam drama! Lakonannya tak permah tak seronok ditonton, jadi aku memang nantikan drama ini ditayangkan. Ok, tamat bahagian menjadi fan boy EXO.

Untuk first impression, aku review berdasarkan dua episod pertama drama ini. Come on, dua episod seminggu… letih nak tunggu! Haha. Aku ni bukan minat sangat sebenarnya dengan drama tema sejarah lama-lama. Takut bosan. Kerana Kyungsoo, aku tonton juga. Eh, fan boy lagi.

Okay, untuk dua episod pertama, aku tak nampak lagi di mana wujudnya mood komedi dan cinta tu. Mood cerita agak ‘dark’, thrill dan penuh misteri. Masih tiada kelihatan keserasian di antara dua watak utama. Oh, mood ceria tu hanya ada ketika babak flash back watak Lee Yeol dan Hong Sim semasa diorang kanak-kanak. Selepas itu banyak ditonjolkan betapa stress dan hibanya kisah hidup watak-watak utama. Bila muncul cerita tentang Lee Yeol, kau akan rasa stress, nak ceria sikit kena tunggu Hong Sim muncul.

Tapi tak bermakna aku tak suka. Aku sebenarnya sangat suka mood dan cerita yang dipersembahkan. Lain sikit dari tipikal kisah pertemuan dua watak bercinta. Paling best, setiap jalan cerita dan perkembangan watak dibuat dengan baik sehingga aku jadi tertanya-tanya. Ini yang buat penonton melekat dan mahu tahu kesudahannya. Ini juga menunjukkan kesungguhan produksi ini untuk menghasilkan drama yang bukan biasa-biasa. Well rounded, ada misterinya, ada debaran – yang tiada cuma babak romantis. Mungkin bila Lee Yeol bertemu Hong Sim, baru wujud keserasian, maka muncullah mood romantis-komedi tu.

Lakonan pelakon semuanya sangat baik. Watak Lee Yeol tu sangat sama dengan Kyungsoo, jadi aku nampak lakonan dia natural – sebab macam dia. Haha. Aku tak pernah tonton drama lakonan Jihyun, tapi aku suka dengan watak bubbly dan tegas dia. Ada ketika cubaan dia buat komedi agak janggal, tapi lepas dua episod aku dah selesa dengan watak Hong Sim tu. Setakat ini, adalah beberapa pelakon yang aku kenal dan as expected, bawa watak mengikut kekuatan mereka.

Set up dan prop pun main peranan. Nampak sangat cantik cinematography dengat tema sejarah. Tapi perasan juga lokasi tak bergerak jauh dan berulang. Mungkin faktor susah nak cari tempat yang kekalkan elemen sejarah ni. Maka fahamlah.

Jadi, pandang pertama, aku suka dengan drama ini. Sebagai manusia yang tak gemar sangat babak leweh-cintan-cintun, aku risau juga jika chemistry mereka bakal membuatkan aku bosan. Ceritanya ada lapisan-lapisan, ada depth bagi setiap watak, sebab tu best untuk ditonton. Semoga tabah selama dua bulan ini untuk terus ikut dengan deadline yang mencucuk-cucuk.

Sembang tepi:

Rasanya kalau bukan Kyungsoo pun berlakon, drama ni ada premis dan cerita yang sangat menarik. Tapi beruntunglah Kyungsoo yang berlakon dan drama ni kena dengan selera. Kalau tak memang tak tengok. Haha. Eh, masih fan boy.

POPKON MENTAH:

popkonX4.5

Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!

Keyword: #100dayMyPrince, 100 Days My Prince, Kyungsoo drama, EXO, Do Kyungsoo, D.O., sembang drama, TvN, korea, korean, kdrama, drama review, 100 Days My Prince 2018, drama 2018, review bahasa melayu, bahasa malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s