About Me.

TENTANG AKU

DUMB

Assalamualaikum w.b.t dan Hello dunia!

Aku adalah seorang manusia raksasa yang sangat suka melukis. Buat masa sekarang aku jadi artis bebas yang gemar menghasilkan ilustrasi secara digital dan melukis komik. Untuk mengisi masa lapang dan juga sebagai mata pencarian, aku ni suka sibuk-sibuk buat graphic design, logo design dan tracing.

Selain melukis, makan dan tidur, aku ni penggemar komik, suka baca buku, sokmo menonton wayang dan yang paling best, aku suka review segalanya!

Mahu tahu lebih, cekidaut Facebook Page aku!

Hi!

I am a freelance artist who love to draw and do digital illustrations and comics. Other than that I do graphic / logo designs and tracings. I am a comic and book geek. I love to watch movies and do reviews about them.

Mostly my posts in this blog will be in Bahasa Melayu. But if you have any inquiries, just drop a comment!

If you want to know more about me, check out my Facebook Page.

APA YANG AKU BUAT / WHAT I DO:

Komik – Comics

Bermula sebagai peminat komik dan kini aku hidup sebagai pelukis komik. Aku mula melukis komik pada 2012 dengan komik sekadar conteng-conteng saja. Kemudian, selepas aku mampu beli iPad Mini, aku mula melukis komik menggunakan iPad dan dari situlah minat aku untuk melukis komik berkembang. Alhamdulillah, kini dari minat jadi kerjaya dan inshaaAllah akan teruskan berkarya!

Ilustrasi digital – Digital Illustrations

Aku takkan kata kemahiran melukis aku adalah pada tahap membanggakan, tapi dalam masa yang sama aku masih suka ber-ekperimentasi pelbagai genre dan stroke lukisan. Illustrasi digital adalah salah satu perkara yang aku buat untuk perkemaskan skil melukis dan mewarna. Illustrasi  berlainan dari komik dalam beberapa perkara.

Doodles

Doodles lebih kepada aktiviti suka-suka dan aku masih lagi belajar. Walaupun orang ada kata; kalau boleh melukis, maka boleh buat doodle, bagi aku gaya lukisannya ada kelainan tersendiri.

Designs

Sebelum aku berjinak-jinak dalam lukisan komik, aku lebih  suka buat designs (rekaan) seperti logo, banner, bahan cetakan macam poster, kad dan buku. Asasnya kerana aku ada belajar hal ni masa study dulu dan dari situ aku mula berminat buat designs. Walaupun aku melukis, aku juga buat designs secara sambilan dan ikut permintaan.

Penulisan – Writings

Penulisan ni minat yang bermula lagi lama dari melukis, sejak sekolah lagi. Aku minat subjek bahasa (Melayu dang English) di sekolah dulu. Sekarang ni jarang-jarang lah mengarang. Kebanyakkan hanya di status facebook saja.

EDIT: Bermula Januari 2016, aku mula menulis di dalam website wattpad.com! Jom singgah profil aku dan baca hasil penulisan di sini!

Ulasan – Reviews

Disebabkan aku ni peminat komik, kaki baca buku dan penonton filem tegar yang macam-macam, jadi aku suka buat ulasan banyak perkara.

SIAPA SI RAKSASA INI / WHO AM I?

Danial Haikal adalah nama gelaran yang aku gunakan sebagai nama samaran untuk berkarya. Kalau ada yang cuba tanya mana datangnya nama yang super retis dan muda ini, huihh panjang ceritanya.

Kelas formal aku belajar seni bermula dan hanya diwaktu sekolah dulu. Sama je macam korang semua. Masa aku melanjutkan pelajaran pun, aku masih tak memilih bidang seni. Aku adalah graduan Pengurusan Sistem Maklumat dari UiTM.

Selepas tamat belajar, aku mulakan kerjaya juga bukan dalam bidang seni lukis. Selama 4.5 tahun aku bekerja sebagai seorang Eksekutif sehinggalah aku buat keputusan untuk kejar impian dan fokus pada minat aku pada September 2014. Kini, aku adalah seorang pelukis komik bebas dan pada waktu yang sama aku buat designs ikut permintaan.

“Jika sasaran kita untuk menjadi hebat, memang tidak akan pernah tercapai. Tetapi, jika sasaran kita untuk menjadi bertambah baik, itu sesuatu yang boleh diukur. Bila perkara itu boleh diukur, maka perkara itu boleh dicapai.” – Si Penyedih

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s