SINOPSIS
Mari Mengenali Manusia: INTROVERT
Siri acah-acah motivasi ini memberikan penjelasan terhadap 10 perkara berkaitan introvert yang disalah anggap oleh sesetengah masyarakat. Sebagai introvert abadi, penjelasan ini pasti dekat dengan mereka yang berasa dirinya introvert disamping memberi jawapan kepada persoalan (jika ada).
TRIVIA: Karya yang ini bukanlah komik sangat, tapi adalah lebih kepada ilustrasi bersama cerita. Sepenuhnya dihasilkan dengan iPad dan idea tu datang spontan masa nak hasilkan sesuatu untuk website Mat Komik. Nampak simple je kan.. tapi aku buat research juga pasal tajuk ni tahu! Supaya apa yang disampaikan tu berguna dan harapnya dekat dengan pembaca..
Kalau korang ada sebarang komen atau cadangan, jangan segan silu menaip kat bawah tu tau! Atau baca sahaja “Introvert” melalui website MatKomik di sini!
Kalau buat ilistrasi utk extrovert pon okay.
LikeLike