12. Enam Bulan Sebelumnya

Enam Bulan Sebelumnya

Juna sedang berlatih bersama Anggun di dalam kelas seperti setiap pagi yang biasa. Hari ini tanpa pengawasan Catherine yang sedang menjalankan misi di luar kawasan atas arahan Tuan Duka. Tidak ramai pelajar yang hadir dan Erikmo bertugas menggantikan Catherine.

“Kau tahu semalam Kris dapat misi individu?” tanya Anggun sambil tangannya masih pantas mengelak tumbukan yang dihayunkan oleh Juna kearahnya. Anggun sentiasa menjadi teman latihan Juna sejak dari mereka bersama memasuki kelas ini. Tahap kepakaran dan kebolehan Anggun melayakkan dia berada bersama Core One, tetapi dia memilih untuk menyertai Core Three bersama sahabat baiknya, Gina.

“Tak tahu. Misi apa sebenarnya? Kau tahu?” tanya Juna kembali.

“Misi Airis. Aku dengar ini sepatutnya misi rahsia.”

“Airis?” langkah Juna terhenti seketika. Anggun memberi isyarat mata untuk Juna terus bergerak untuk mengelakkan orang lain sedar isi perbualan mereka.

“Kita dah jumpa Airis ke? Dia tu betul-betul wujud? Kenapa perlu dirahsiakan?”

“Janganlah tanya aku macam-macam!” kata Anggun seraya satu pukulan diberikan tepat mengenai perut Juna. Dia tertunduk dan tersenyum. Latihan mereka diteruskan.

“Hmm.. Agak mencurigakan. Macamana kau boleh tahu kalau ini misi rahsia?” Juna sedikit hairan.

“Gina. Semalam kami cuba cari frekuensi untuk curi-curi dengar radio, tapi Gina terjumpa frekuensi bilik markas. Tuan Duka sedang bercakap dengan Kris melalui radio. Frekuensi yang berbeza dengan yang sedia ada. Kami syak itu saluran rahsia mereka.” jelas Anggun.

Mereka berhenti dan bergerak keluar dari tapak latihan. Mencari tempat yang sedikit tersorok untuk meneruskan perbincangan mereka. Anggun mengarahkan telunjuknya kepada sebuah bilik kosong yang terletak ditingkat dua.

“Bilik ni selamat ke?” tanya Juna sambil tangannya menolak perlahan pintu dalam keadaan berjaga-jaga.

“Rasanya.. Bilik ni memang jarang sangat digunakan. Tersebar cerita yang bilik ni berhantu. Whatever.” Anggun terus masuk kedalam bilik tersebut sambil tersenyum kecil.

“Okay, kita kena berhati-hati bermula dari sekarang. Kita cuba kumpulakan ahli Core Eight malam ni. Kewujudan Airis bermaksud mesti ada kumpulan dari Univertopia sedang bergerak sama. Misi indivudu Kris juga sesuatu yang perlu kita fikirkan. Apa sajalah rancangan ayah dan anak tu agaknya..” Juna duduk behadapan Anggun sambil menongkat dagu dengan kedua-dua tangannya.

“Ehh. Diorang tu bukan ahli keluarga kau juga ke? Haha.” Anggun berseloroh. Juna menjeling. Marahnya dalam senyuman. Itu fakta benar yang tak boleh dinafikan.

Tiba-tiba mereka berhenti dari ketawa dan kedua-duanya dalam keadaan kaku. Pandangan mereka tertumpu kearah sebuah almari usang di dalam bilik tersebut. Kedengaran bunyi suara dan sesekali almari itu bergerak-gerak.

“Kau cakap bilik ni selamat.. nampaknya kita tak sendirian di dalam bilik ni.” kata Juna sambil mereka berjalan perlahan menghampiri almari itu.

Anggun mengeluarkan sebilah senjata tajam seperti pisau panjang dari tulang radiusnya. Dia berdiri di dalam keadaan bersedia dan Juna memberi isyarat yang dia akan membuka pintu almari tersebut. Pintu itu direntap pantas dan Anggun segera menghunuskan pisaunya kedalam. Tetapi tusukan pisau itu dihalang oleh satu pancaran tenaga berwarna putih. Anggun dan Juna terkejut melihat susuk manusia disebalik pancaran tenaga itu.

“Zynn?” kata mereka serentak.

“Sekarang, Bobi!” tempiknya. Lalu terasa satu gelombang menembusi tubuh mereka dan tersebar kesekeliling bilik. Bobi telah memasang gelombang anti-bunyi untuk mengelakkan apa yang berlaku di dalam bilik itu didengari oleh sesiapa yang berhampiran.

“Korang ni Core Seven kan? Tadi tu.. bukan ke tu kebolehan yang aktif? Kau baru je tahan serangan Anggun!” Kata Juna dengan nada terkejut. Seperti yang diketahui umum, ahli Core Seven hanyalah Forte dengan kebolehan pasif atau sokongan seperti pemulihan dan saluran tenaga. Apa yang baru dilihatnya tadi adalah di luar jangkaannya.

“Sabar. Aku akan jelaskan. Tapi masuk kesini dulu.” arah Zynn dan berpaling dengan sedikit tertunduk melalui sebuah pintu di dalam almari tersebut. Juna dan Anggun berpandangan tetapi menurut sahaja arahan Zynn.

Ketika mereka melangkah melepasi pintu kedua tersebut,  mereka dikejutkan dengan keadaan bilik rahsia itu yang seakan markas Antidot. Bilik itu dipenuhi dengan pelbagai peralatan komputer dan alatan berteknologi tinggi. Selain Zynn, mereka juga disambut baik oleh Mari. Kelihatan Bobi sedang sibuk menaip sesuatu melalui komputernya. Fiffy pula sedang berlatih tinju di satu sudut bilik tersebut.

“Aha.. Jadi koranglah hantu bilik tu, ya?” tanya Anggun. Mari hampir menghidangkan mereka makanan dan minuman.

Well, kenalah buat sesuatu untuk jaga privasi dan bilik rahsia ini.” jawab Bobi tetapi masih menghadap skrin komputernya.

“Jadi, kenapa bagi kami masuk? Tak takut kami dedahkan bilik rahsia ni kepada orang lain?” Anggun berpeluk tubuh dan bersandar. Dia mahu tahu apa kisah sebenar Core Seven ini.

“Kami dah dengar semua perbualan korang tadi dan tahu korang terlibat dengan Core Eight kan? Kumpulan rahsia tu?” Anggun kembali menegakkan tubuhnya. Juna pula memandang kesemua orang di dalam bilik tersebut.

“Kami juga tahu Core Eight terdiri daripada sekumpulan pembelot yang mahu menjatuhkan Tuan Duka!” kata Zynn sambil menjeling kearah Anggun dan Juna. Anggun bingkas bangun dan mengeluarkan senjatanya. Juna juga bergerak sama dan bersedia untuk menyerang.

Di dalam fikiran mereka;  adakah mereka sudah masuk kedalam perangkap musuh? Adakah mereka dalam bahaya sekarang? Adakah Tuan Duka sudah mengetahui komplot yang sedang berlaku di markas Lembah Permata ini?

Apa sahaja yang berlaku, mereka bersedia untuk menghapuskan Core Seven demi menjaga rahsia penyamaran mereka selama ini!

Advertisements