5. Komuniti

Komuniti

Jam penggera berbunyi. Airis tersedar dari tidurnya. Nyenyak betul dia tidur kali ni setelah beberapa hari tidur-tidur ayam sahaja kerana dirinya sentiasa di dalam bahaya. Airis bangun dan duduk seketika di atas katil. Setiap ceruk bilik barunya itu diperhatikan. Walaupun Antidot ini kem tersembunyi, kelengkapan dan kemudahan mereka sangat mencukupi.

Dia ada temujanji diawal pagi ini, jadi dia perlu bersiap segera supaya tidak lewat nanti.

Airis terpegun seketika melihat komuniti Forte di sini masing-masing sudah pun bangun seawal pagi untuk meneruskan rutin dan urusan mereka. Disebabkan sumber yang terhad, komuniti ini banyak menghasilkan keperluan mereka sendiri seperti sayur-sayuran dan tanaman sebagai makanan. Terdapat satu mesin janakuasa yang besar di tengah-tengah perkampungan itu. Tak pasti samada mereka menggunakan tenaga semulajadi untuk menghasilkan elektrik atau bahan apa. Semuanya teratur, suasananya pun tenang dan damai sahaja. Airis menarik nafas panjang seketika. Inilah kedamaian yang dia rindukan.

Mata Airis melirik kearah ruang hujung perkampungan itu. Di situ ada pintu besar yang menghubungkan perkampungan ini dengan markas Antidot. Kelihatan beberapa Forte sedang beratur. Mereka kemudiannya diperiksa sebelum dibenarkan masuk kedalam. Airis berjalan menuju kearah mereka.

“Ai, Ai.. Nak kemana tu?” teguran seseorang yang membuatkan Airis terhenti. Juna muncul di belakangnya.

“Itu ha.. Kemana mereka nak pergi tu? Memang boleh tinggalkan tempat ni ke?” sambil muncung Airis mengarah kepada pintu besar tadi.

“Oo.. Itu Forte yang sudah bersedia. Mereka boleh keluar, tapi untuk bekerja dan jana pendapatan. Well, sekurangnya adalah yang boleh bantu komuniti ni.” jelas Juna.

“Bersedia? Apa maksud bersedia?”

“Forte tu dah sampai tahap dia boleh kawal kebolehannya daripada manusia biasa. Kawalan tu perlu supaya Antidot dapat kekal menjadi rahsia.”

“Jadi kau ni Forte yang dah bersedia? Maknanya kau boleh keluarlah?”

“Err.. Tak. Tak. Aku perlu latihan sikit lagi..”

“Huh? Tapi misi kau dengan aku..”

“Err.. Haa.. Emm.. I.. Itu special case! Sudahlah, jom aku bawa kau ke pusat latihan. Kita dah lewat sangat ni!” Juna mengalihkan topik. Berdebar sehingga tersekat-sekat menjawab persoalan Airis tadi.

Airis masih tak puas hati seperti ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh Juna. Tapi dia mahukan dirinya tenang dahulu. Banyak perkara yang perlu dia pelajari dan fahami tentang dunia barunya ini.

“Simpan dalam kotak. Jangan ingat aku akan lupa. Apa agaknya rahsia kau tu, Juna..” sembang Airis sendiri di dalam fikirannya sedang mereka menuju kearah sebuah bangunan seperti sekolah lama itu.