SEMBANG WAYANG: Wonder Woman

Diana merupakan seorang puteri kepada kaum Amazon di sebuah pulau rahsia, Themyscira. Dilahirkan bersama pejuang, Diana mahu menjadi pahlawan dan akhirnya dilatih secara serius oleh pahlawan terhandal negaranya. Kehadiran seorang tentera, Steven Trevor di pulau rahsia itu membuka mata Diana tentang ancaman yang datang daripada dewa perang, Ares. Dengan semangat untuk melindungi mereka yang tidak… Read More SEMBANG WAYANG: Wonder Woman

SEMBANG WAYANG: Guardians of the Galaxy Vol.2

The Guardians kini mengembara ke segenap galaksi untuk menyelesaikan misi. Mereka mula mengenali sesama sendiri tentang kisah dan peribadi ‘keluarga’ baru itu. Kemunculan seorang lelaki misteri, Ego yang mengaku sebagai ayah kepada Peter Quill (Star Lord) telah membuka pelbagai rahsia masa lampaunya. Selain diburu sekumpulan makhluk asing berwarna emas, The Guardians juga perlu merungkai misteri… Read More SEMBANG WAYANG: Guardians of the Galaxy Vol.2

SEMBANG WAYANG: A Silent Voice

Apabila Shoko Nishimiya berpindah ke sebuah sekolah baharu, dia mengalami situasi yang paling ditakuti oleh kebanyakan pelajar sekolah – buli. Sebagai seorang pelajar istimewa yang tiada pendengaran, Nishimiya sering menjadi mangsa buli, terutamanya daripada Shoya Ishida. Beberapa tahun berlalu, Ishida yang kini mula mahu menebus kembali kesalahannya, bertemu Nishimiya. Namun, dia harus mengatasi berat perasaan salahnya… Read More SEMBANG WAYANG: A Silent Voice

SEMBANG WAYANG: Fast and Furious 8

Dominic Toretto didekati seorang wanita misteri ketika bulan madu bersama kekasihnya di Cuba dan mengugut dirinya untuk berpaling tadah dan melakukan beberapa tugasan berbahaya. Demi keselamatan keluarganya, Dom terpaksa menurut dan mengakibatkan kumpulan mereka mula berpecah-belah. Kehadiran musuh lama dipaksa untuk bekerjasama untuk menjejaki Dom yang kini bertindak sendirian dan menentang sahabat-sahabat yang disayanginya. Tajuk:… Read More SEMBANG WAYANG: Fast and Furious 8

SEMBANG WAYANG: Ghost in the Shell

Mengambil tempat pada tahun 2029, manusia kini mempunyai pilihan untuk menggunakan peralatan sibernatik sebagai alat ganti pada tubuh mereka. Berlainan pula dengan Major kerana dia adalah robot dengan otak daripada manusia, embuatkan dia boleh berfikir seperti manusia biasa. Mengetuai Pasukan Keselamatan Section 9, Major berhadapan dengan ancaman baharu iaitu kehadiran sorang penggodam hebat, Kuze dan… Read More SEMBANG WAYANG: Ghost in the Shell

SEMBANG WAYANG: Logan

Beberapa tahun telah berlalu semenjak kejadian tragis yang mengorbankan ratusan mutan di Winchester. Logan kini menjalani kehidupan di bawah radar dan sedang melindungi mutan terulung, Professor X daripada ancaman. Semuanya berjalan seperti dirancangkan, namun kehadiran seorang gadis misteri menjadikan semuanya berantakan kerana bersama gadis itu, ada ancaman yang lebih besar sedang menghampiri mereka. Tajuk: Logan:… Read More SEMBANG WAYANG: Logan

SEMBANG WAYANG: Sing

Buster Moon memiliki sebuah teater yang dahulunya merupakan sebuah tempat yang paling popular. Namun, kerana peredaran masa, persembahan teater kurang diminati dan Buster mula dikejar pemuitang dan bank yang ingin melelong premisnya. Dia mendapat idea untuk membuat satu pertandingan nyanyian sebagai cara untuk menarik kembali penonton. Banyak yang datang untuk mencuba nasib datang daripada pelbagai… Read More SEMBANG WAYANG: Sing

SEMBANG WAYANG: Moana

Mengisahkan tentang Moana, seorang anak ketua kepada sebuah kepulauan kecil Motunui yang perlu menjelajah dan merentasi lautan untuk mencari seorang penyelamat bernama Maui. Pulau yang didiami Moana mula ditimpa masalah kerana hati dewi Te Fiti telah dicuri. Kini, Moana yang menjadi pilihan, perlu mencari Maui dan menyelamatkan dunia dari kehancuran! Tajuk: Moana Klasifikasi: PG13 Edaran: Buena Vista… Read More SEMBANG WAYANG: Moana

SEMBANG WAYANG: Doctor Strange

Doctor Steven Vincent Strange merupakan seorang doktor pakar saraf yang angkuh. Namun, apabila satu tragedi menimpa dirinya, Strange yang mencuba sedaya upaya untuk memulihkan kesihatannya, mengenali seorang tabib yang boleh merawatnya melalui tenaga mistik. Dek kerana Steven yang tidak mempercayai perkara yang dianggap tahyul itu, perlahan-lahan dia ditunjukkan kehebatan sebenar tentang kuasa tersebut dan mula… Read More SEMBANG WAYANG: Doctor Strange

SEMBANG WAYANG: Deepwater Horizon

Mike dan beberapa krew dihantar ke sebuah pelantar minyak di Mexico untuk menjalankan pemeriksaan. Sewaktu tiba, beberapa perkara mencurigakan berlaku dan menimbulkan situasi tegang antara pengendali pelantar dan pemiliknya. Insiden tidak dijangka terjadi sehingga mengakibatkan pelantar minyak itu bocor dan meletup. Kesemua krew perlu berusaha untuk menyelamatkan diri daripada menjadi korban. Tajuk: Deepwater Horizon Klasifikasi: PG13 Edaran: GSC… Read More SEMBANG WAYANG: Deepwater Horizon